Pengajaran daripada MH370

Kemalangan kapal terbang bukanlah perkara asing. Cuma di Malaysia ia jarang sangat berlaku. Kali terakhir 40 tahun dahulu disebabkan itu impak yang dirasai begitu mendalam. Malahan jika dibandingkan dengan negara China kerap lagi kemalangan kapal terbang berlaku di sana.

Justeru mempolitikkan insiden ini amatlah tidak beretika tambahan pula terdapat 139 orang Cina yang terlibat.

Pujian harus diberikan oleh DS Najib kepada DAP dan PAS yang bukan sahaja tidak mengeluarkan kenyataan memburukkan usaha SAR malahan turut sama memberi sokongan moral. Tindakan mengecualikan DAP dan PAS dalam taklimat kehilangan MH370 adalah tidak wajar.

Persoalannya sekarang apakah tindakan kerajaan selepas ini? Adakah kecuaian kakitangan seperti imigresen yang tidak menyedari passport curi digunakan dan TUDM yang tidak memintas objek terbang tidak dikenali menceroboh ruang udara negara. Adakah mereka akan dibiarkan terus bekerja mendapat bonus 2 bulan dan pinjaman perumahan dengan interest 4 percent flat? Bukankah seharusnya mereka dipecat supaya menjadi pengajaran kepada semua.

Begitu pula pengajaran kepada rakyat. Apabila misi SAR dijalankan Malaysia sebuah negara yang kaya minyak, balak dan sawit terpaksa bergantung kepada alatan canggih negara lain. Jika bukan kerana sifat boros dan rasuah pemimpin kita. Malaysia juga akan memiliki pesawat orion, kapal perang dan kapala selam canggih untuk membantu operasi SAR.

Begitu juga dengan sistem pendidikan kita. Jika berasaskan kepada kepandaian 100% bukan kepada perkauman sudah pasti kita mampu menghasilkan peralatan kita sendiri seperti China dan Pakistan. Malangnya sistem pendidikan kita ialah berdasarkan kepandaian tukang ajarnya.  Oleh sebab itu ppsmi tidak dapat dijalankan dan hasil sistem pendidikan kita ialah penjawat awam.

Malu lah orang yang mengundi BN.

2 thoughts on “Pengajaran daripada MH370

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s