Tiada Jaminan Penempatan Untuk Graduan IPG / Pendidikan

Tiada Jaminan Penempatan Untuk Graduan IPG / Pendidikan

    Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

    Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu yang mungkin dilaksana secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti ditawar jawatan sebagai guru di sekolah.

    Idris Jusoh 2
    “Amalan pada masa ini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia.

    “Jadi kita perlu pilih yang terbaik, mempunyai keperibadian mulia, baru boleh melahirkan masyarakat hebat pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran kali ketiga, di sini, Isnin.

    Mengulas lanjut, Idris berkata langkah itu juga bagi memastikan hanya benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang berbuat demikian kerana tiada pilihan lain.

    “Di Finland misalnya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi,” katanya.

    Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana.

    Pada konvokesyen tiga hari bermula hari ini, sebanyak 3,988 graduan menerima ijazah masing-masing. – BERNAMA

–Pendapat kiter, amatlah tidak adil mereka yang sudah dilatih menjadi guru tetapi tidak diberi jaminan pekerjaan sebagai guru seperti law student yang tidak layak menjadi lawyer, budak engine yg tidak layak menjadi engineer.

Sepatutnye sekatan qualiti (quality control) sepatutnya diadakan sewaktu pengambilan student bukan selepas mereka grad. Pastikan maktab tegas mengambil calon yang akademiknya bagus sahaja kerana bidang pendidikan adalah bidang akademik, bagi yang SPM kurang dari 5A minta mereka undur diri jangan nak menyibuk.

Cadangan kedua adalah lebih baik menyaring guru sedia ada dengan mekanisme baru, guru yang prestasi tidak memuaskan harus diberhentikan bagi memberi laluan kepada tenaga dan minda muda minda Adam Adli yang lebh fresh. Bayangkan badan anda jika hanya masuk tapi tidak keluar adakah ia akan sihat? Mesti ada masuk dan pagi2 yang tidak elok dikeluarkan untuk kesihatan yang baik.

Cadangan ketiga kaji balik had pencen umur 60, lanjutan umur pencen menjejaskan peluang kerja generasi muda, sudah lah had umur dilanjutkan ada pula yang layak pencen sambung kontrak lagi, tak kaya lagi ke? Sama juga jika kereta pun mesti ganti spare part ikut mileage begitu lah pula sistem pendidikan, buang yang rosak ganti yang baru fresh.

Akhir sekali bidang pendidikan bukan lubuk pekerjaan bagi mereka yang tidak ada kerja, berhenti dan bertaubatlah dari perbuatan begitu, di Korea, guru dipanggil nation builder (pembina bangsa) tempat menghasilkan aset negara, modal insan dan tenaga kerja negara TAPI di Malaysia ia tempat untuk bail out orang akademik teruk dan tak laku di sektor swasta, sebab itu baru dapat dah minta tukar balik bawah kangkang suami/isteri sbb bukan nak berkhidmat untuk masyarakat hanya nak dapat duit je, ada pula yang guna cabel, org dapat banyak A  tak dpt masuk maktab org yang 1A dapat pula sebab emak lecturer dan bapa guru so jawatan diwariskan walaupun tidak layak, hakikat beb!

Ubah demi anak-anak anda.

One thought on “Tiada Jaminan Penempatan Untuk Graduan IPG / Pendidikan

  1. Idris jusoh ni bila bab guru sebok contoh Finland napa masa nak jadi YB dulu tak ikut sunah nabi jujur dan amanah serta ikhlas bekerja bukan buat harta untuk keluarga dan kroni. Cikgu pun di robotkan ikut BN macammana anak murid nak jadi baik dan pandai.Sebab itu ramai murid jadi pembuli guru kerana eleman ini ditanam oleh pemimpin kerajaan sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s