Memupuk perpaduan nasional melalui pendidikan, betul ke?

Memupuk perpaduan nasional melalui pendidikan

17 Mei 2013

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Penekanan kepada perpaduan dalam pendidikan dan sukan di sekolah-sekolah boleh membantu mencapai perpaduan kebangsaan seperti yang dicita-citakan oleh Datuk Seri Najib Razak, kata pengerusi Guru Malaysia Foundation Berhad, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. – TMI

Jika badan sukan dan pendidikan masih diketuai oleh orang-orang politik maka mustahil akan berlaku kemajuan dari segi kualiti tambahan lagi peluang pastinya berasaskan kaum bukan berasaskan merit, keupayaan dan kepandaian. Lihat sahaja sekolah, bukan lagi tempat menghasilkan modal insan tetapi tempat pool mereka-mereka yang gagal akademik dan tidak ada kerja.

Pelajar bumi dan bukan bumi tidak menikmati kesaksamaan dalam sistem pendidikan Malaysia. Bagaimana ini akan membawa perpaduan dan perdamaian?

Kampus UiTM hanya dikhaskan untuk Bumiputera, IPT lain tempat bukan bumi terhad. Kebanyakan biasiswa kerajaan dikhaskan untuk Bumiputera.

Ramai pelajar-pelajar bukan Bumiputera terpaksa bergantung kepada pinjaman atau biasiswa kerajaan asing untuk melanjutkan pelajaran.

Kalau tidak percaya anda boleh tanya mahasiswa yang berada di IPT, poli dan maktab sekarang, berapa A mereka dapat, 90% kurang daripada 5A? Sebab itu mereka tidak mampu berdikari bila grad dan terpaksa bekerja dengan kerajaan dalam bidang yang tak perlu2 tapi sengaja diwujudkan.

Kebanyakan yang dapat lanjutkan pelajaran bukan kerana keupayaan sendiri sebaliknya hanya kerana kuota.

Bukanlah nak menyalahkan mereka kerana mereka sendiri berasa malu kerana mendapat tempat di IPT bukan kerana keupayaan mereka, seolah-olah merampas hak orang lain seperti penyangak.

Sistem pendidikan Malaysia memecah belahkan masyarakat Malaysia dari saat mereka melangkah ke sekolah lagi.

Meritokrasi …. Bawa semula sekolah aliran English dan kita akan lihat keajaiban.

4 thoughts on “Memupuk perpaduan nasional melalui pendidikan, betul ke?

  1. selagi bn memerintah jgn mimpilah kita semua…..dulu MARA diamanahkan untuk jaga kebajikan anak melayu yg tidak mampu untuk melanjutkan pengajian…sekarang UITM majority anak anak kakitangan kerajaan yg tak layak masuk U……walaupon bertaraf bumiputra ramai anak melayu yg terpaksa berhutang untuk belajar di IPTS…..sbb IPTA pulak penuh dgn anak2 dan kaum kerabat mereka ada 1A2A3A4A……anak2 melayu yg takde cabel atau mak bapak bukan kakitangan kerajaan ni nasib mereka sama dgn org cina,dan india or..non bumi…..frankly speaking ini bukan tsunami cina tp tsunami against the goverment n goverment servent..jabatan kerajaan..lebih lg KPM..mesti telus dlm menjalankan tugas…rombakan besar2an mesti dilakukan kalau inginkan sokongan dari non-gov sectors..

  2. jangan bercakap soal perpaduan jika masih wujud pengasingan dalam sistem pendidikan sejak sekolah rendah lagi. hapuskan sekolah jenis kebangsaan (cina) (tamil) (melayu). kenapa perlu dipecah-pecahkan jika tujuan pendidikan itu cuma satu jalan? hidup adalah tentang berkongsi rasa.🙂

  3. Kalau bab sukan… Menteri Belia dan Sukan baru kita ni macam boleh tahan… Kita tengok macam mana. Harap makin majulah sukan negara.

    Pendidikan? Pelajaran?
    Kementerian pun masih pening Pelajaran ke Pendidikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s