Penang Dapat Speaker Cina Pertama Tahniah PR

DUN Pulau Pinang dapat speaker Cina pertama
MalaysiakiniMalaysiakini – Thu, May 9, 2013

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan mendapat Speaker Cina yang pertama dengan pelantikan Timbalan Pengerusi PKR negeri, Law Choo Kiang (bawah) ke jawatan tersebut.

Ini disahkan oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman,

ketika ditemui pemberita selepas upacara angkat sumpah 10 exco negeri di Dewan Sri Pinang hari ini.

“Bukankah itu kedudukan yang baik untuk menjadi Speaker Cina pertama di Pulau Pinang?” kata Mansor.

Beliau berkata speaker lepas juga seorang pemimpin PKR, Datuk Abdul Halim Hussein.

“Apa nak buat? Beliau (Abdul Halim) tak menang sebarang kerusi,” katanya, sambil menambah bahawa ADUN Penanti, Norlela Ariffin akan dilantik sebagai timbalan speaker.

Mansor turut dihujani pertanyaan mengenai sama ada senarai parti itu bagi jawatan exco negeri, diterima sepenuhnya oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Ini ekoran spekulasi sebelum bermulanya upacara angkat sumpah bahawa ia akan diboikot pemimpin PKR kerana Law digugurkan daripada jawatan exco negeri.

Menafikan perkara itu, Mansor berkata, barisan exco tersebut adalah baik dan berharap mereka menunjukkan prestasi yang baik bagi Pulau Pinang.

“Pulau Pinang mendahului dalam banyak bidang pada masa lalu. Saya pasti ia akan mendahului dalam banyak bidang lain pada penggal ini,” kata Mansor, yang kini menjadi ahli Parlimen Nibong Tebal.

Ketika ditanya, Law berkata, beliau tidak kecewa dengan perubahan jawatan tersebut, sambil menegaskan bahawa ia tidak ada berkaitan dengan prestasinya.

“Semua orang tahu bagaimana prestasi saya sebagai exco penggal lalu. Ini telah diputuskan oleh kepimpinan, sebagaimana mereka memutuskan untuk melantik saya pada 2008,” katanya.

Law berkata, beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara itu malam tadi, tetapi menegaskan “ia adalah di luar kuasa saya.”

Sementara itu, pemimpin Cina PKR menyuarakan rasa tidak puas hati

mereka kerana tidak ada wakil masyarakat itu dari parti itu dalam barisan exco.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin (kanan) berkata beliau tidak boleh menerima pandangan tersebut.

“Exco kerajaan negeri sepatutnya menjaga semua kaum. Ia bukan jawatan berasaskan kaum.

“Kita perlu mempunyai lebih banyak kerusi di kawasan luar bandar dan pemilihan exco akan memastikan itu. Barisan tersebut sangat penting kerana ia mempunyai tugas yang besar pada masa depan,” katanya.

Pemilihan ahli exco, kata Sin, harus berdasarkan kebolehan.

“PKR adalah parti pelbagai kaum di mana setiap orang ada tempatnya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s