PAS akan ambil tindakan disiplin isu kerusi Kota Damansara

PAS akan ambil tindakan disiplin isu kerusi Kota Damansara
Jamilah Kamarudin | May 7, 2013

Manakala PKR sudah membuat keputusan tidak akan menyalahkan PAS dalam hal pertindihan kerusi di DUN Kota Damansara dan Sungai Acheh.

SHAH ALAM: PAS Selangor akan mengambil tindakan disiplin terhadap ahlinya berhubung isu pertindihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara sehinga menyebabkan kekalahan kepada Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, siasatan akan dibuat dan laporan akan diserahkan kepada kepada PAS Pusat sebelum tindakan sewajarnya diambil.

“Apa yang berlaku di DUN Semenyih, Kota Damansara dan Sungai Acheh adalah pengajaran kepada kita supaya jangan besar kepala anggap bahawa dia boleh menang.

“Akhirnya kita khianati amanat rakyat dan rakyat Kota Damansara yang menolak Umno-Barisan Nasional (BN) sebelum ini terpaksa hidup dibawah kepimpinan Adun Umno hanya kerana kita tersilap langkah,” katanya dalam
sidang media di pejabat Parlimen Shah Alam di sini hari ini.

Khalid berkata, PKR sepatutnya menang 16 kerusi Dun Selangor dan menjadikan nisbah kerusi DAP, PAS, dan PKR adalah 15:15:16, namun hanya dapat 14 kerusi sahaja disebabkan isu itu.

Sementara itu, Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali berkata PKR sudah membuat keputusan tidak akan menyalahkan PAS dalam hal pertindihan kerusi di DUN Kota Damansara dan Sungai Acheh.

Sebaliknya menurut Azmin, PKR bersikap terbuka bersama Pakatan untuk terus maju ke hadapan dan takkan menoleh kebelakang. –FMT

 

pecat si ridzuan ismail….. pengkhianat PR…boleh join haram jadah waythamoorthy..PAS kena ikut mcm DAP yg memecat jenice lee ( bertanding sebagai calun bebas di teratai ) kerana enggan akur kehendak parti.KEHENDAK DAN HASRAT PARTI HARUS DIUTAMAKAN! I

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s