DUN Sg Acheh KM LGE Patut Campur Tangan

Pertembungan sesama sendiri di DUN Sg Acheh mencacatkan imej PR di mata rakyat tambahan lagi bila PRU13 semakin menghampir.

Pelbagai spekulasi dan persoalan muncul selepas itu, adakah parti-parti dalam pakatan tidak berpakat dan berbincang sebelum memutuskan siapa yang bertanding dimana?

Seingat saya akhir tahun lepas DSAI pulang dari Pulau Pinang menyatakan kerusi disana sudah dimuktamadkan, so kenapa perkara memalukan seperti ini masih berlaku?

Kami rakyat minta kedua-dua parti supaya bermuafakat terlebih dahulu sebelum membuat tindakan terburu-buru yang boleh menjejaskan imej PR di mata rakyat, adakah rakyat akan memberi Malaysia kepada sebuah pakatan yang tidak stabil?

Pendapat kiter PAS tidak seharusnya bersikap tamak dan terburu-buru, berbincanglah dahulu dengan rakan-rakan dari parti lain sebelum bertindak.

Akhir sekali, KM Lim Guan Eng harus campur tangan dalam permasaalahan ini memandangkan beliau adalah ketua menteri, bapa harus mendamaikan anak-anaknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s