Hadi Tidak Setaraf Anwar, cubaan lagakan PR

Hadi Tidak Setaraf Anwar

ENTAH apalah motif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebut bahawa pilihanraya umum akan datang adalah pilihan untuk rakyat menaruh kepercayaan kepada dia sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun Datuk Seri Abd Hadi Awang untuk memimpin kerajaan (sebagai Perdana Menteri).

Najib dalam ucapannya semalam dipetik sebagai berkata “Now, in this 13th general election, the crux of the matter is whether the rakyat places any trust in Anwar, Hadi Awang [PAS president], or me as the leader of the government“.

Apahal pula nama Hadi boleh terkait dalam soal ini?  Rakyat hanya ada 2 pilihan dan 2 pilihan sahaja iaitu Najib sendiri atau Anwar, kerana hanya 2 pemimpin ini sahaja yang telah dinamakan parti masing-masing sebagai calon Perdana Menteri.

Nama Hadi pada bila-bila masa tidak pernah terkait.

Dalam kabinet Pakatan Rakyat yang akan datang, Hadi telah diperuntukkan satu daripada 3 jawatan Timbalan Perdana Menteri.  Perdana Menteri?  Hadi tidak layak, hanya Anwar seorang.

Jadi laman ini melihat, tujuan Najib mengaitkan nama Hadi hanyalah untuk menyemarakkan semula perbalahan mengenai isu sama antara penyokong PKR/DAP dan penyokong PAS.  Kebetulan, masih ada sekelompok ahli-ahli PAS yang masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke tujuh.

Kepada kelompok ini, hanya Hadi sahaja yang layak, apatah lagi, Hadi mempunyai pengalaman memimpin kerajaan  Terengganu pada 1999 – 2004 selaku Menteri Besar – sama seperti Najib yang pernah menjadi Menteri Besar Pahang pada awal 80-an, berbanding Anwar yang tidak pernah dilantik ke jawatan tersebut.

Yang mereka terlupa, Anwar tidak berminat untuk ‘bermain’ di peringkat DUN dan Negeri, beliau hanya ditakdirkan untuk menguasai dan memimpin kerajaan persekutuan.  Menjadi Menteri Besar bukan cita-cita Anwar sejak menceburi politik, tapi Perdana Menteri.

Kalau Anwar gila sangat dengan jawatan itu (Menteri Besar), pada bila-bila masa pun beliau boleh mengarahkan Tan Sri Khalid Ibrahim turun dari menjadi Menteri Besar Selangor, supaya beliau boleh mengambil alih jawatan.  Tapi itu tidak berlaku.

Lagipun, hanya pemimpin berjiwa kecil saja yang minat nak jadi Menteri Besar ni.

Jadi kami memberi amaran kepada Najib agar tidak lagi membangkitkan perkara ini lagi atau Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.  Pakatan Rakyat telah menetapkan Anwar sebagai Nakhoda kapal, seharusnya tidak wujud lagi sebarang persoalan mengenai perkara tersebut.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=74619

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s