Gomen Servant Tolak Rasuah Dapat Duit Lebih

PKR: Pekerja kerajaan akan mendapat ganjaran jika memerangi rasuah

OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA
APRIL 01, 2013

Langkah tersebut akan membantu usaha mengurangkan rasuah negara selain untuk memberikan motivasi kepada penjawat awam bagi melawan rasuah. – Gambar fail

PETALING JAYA, 1 April — PKR hari ini mencadangkan bonus “anti-rasuah” tahunan kepada pekerja kerajaan jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan pusat selepas Pilihan Raya 2013, dalam langkah untuk memenangi hati 1.5 juta penjawat awam.TMI

Idea yang sangat bernas, hairan kenapa BN yang memerintah selama 55 tahun tidak dapat mengeluarkan idea sebegini. Mesti undi Pakatan kali ini.

Insentif sebigini memang berkesan. Pernah di bebarapa negara yang pegawai imigresen dan kastamnya lembap, insentif diperkenalkan dalam bentuk percent bagi setiap PATI yang menyeludup masuk, dalam masa yang singkat sempadan negara menjadi begitu ketat. Jadi memang wajar imbuhan pakatan ini. UMNO tidak pernah memperkenalkan insentif ini kerana mereka sendiri dibelakang penyeluduan besar-besaran PATI.

Kiter sendiri pernah melihat kenderaan jabatan bertulis jabatan xxx Malaysia kementerian xxxx Malaysia digunakan macam harta mak bapak mereka membawa ahli keluarga dan kawan-kawan atas urusan peribadi. apabila ditanyaminyak siapa jawabnya minyak lebih, kemudian kiter tanya siapa yang servis,dijawab oleh pengamal korup n,jabatan! yakni duit rakyat!

Khalifah Umar Al Adil pada suatu hari didatangi anaknya atas satu urusan, bila ditanya oleh oleh Umar kamu ingin berbicara perihal kerajaan atau peribadi, bila anaknya manjawab peribadi, dipadamnya lilin kerajaan dan dipasang lilin peribadi kerana takutnya beliau makan haram duit amanah rakyat.

Walaubagaimanapun, untuk mengimbangi imbuhan sila perkenalkan dendaan seperti potong gaji atau pecat untuk meningkat produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s