‘Kementerian Pertahanan lubuk pemimpin BN kayakan diri’

‘Kementerian Pertahanan lubuk pemimpin BN kayakan diri’ –FMT
Zefry Dahalan | March 18, 2013

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/03/Rafie_FMT-300×225.jpg
Contohnya pembelian kapal selam Scorpene, komisyen RM500 juta dibayar kepada Perimekar yang dimiliki Datuk Abdul Razak Baginda.
SEREMBAN: Pemimpin PKR Negeri Sembilan, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek menyifatkan; pendedahan-pendedahan membuktikan peruntukkan Kementerian Pertahanan menjadi lubuk untuk pimpinan Barisan Nasional (BN) kayakan diri atau kroni mereka.
“Contohnya pembelian kapal selam Scorpene, komisyen RM500 juta dibayar kepada Perimekar yang dimiliki Abdul Razak Baginda.
“Eurocopter EC275 dibeli pada harga RM190 juta seunit. Brazil membeli model yang sama dengan harga hanya RM82 juta. Jelas kerajaan beli dengan kos yang lebih mahal iaitu perbezaan sebanyak RM108 juta.
“Pembelian 257 kereta perisai bernilai sekitar RM29 juta seunit (jumlah RM7.5 billion) sedangkan kereta perisai yang hampir sama iaitu Pandur II, kerajaan Portugal hanya membayar RM4.4 juta seunit dan Pirahan III, kerajaan Switzerland hanya bayar RM3.9 juta seunit.
“Untuk rekod, Kementerian Pertahanan diantara penerima belanjawan terbesar bernilai belasan ribu juta ringgit setahun.
“Untuk tahun 2013, sebanyak RM15.2 billion (RM11.9 billion untuk mengurus dan RM3.2 billion untuk pembangunan) diperuntukkan.
“Sementara untuk tahun 2012, sebanyak RM13.7 billion (RM10.95 billion untuk mengurus dan RM2.35 billion untuk pembangunan) diperuntukkan,” kata Mohamad Rafie yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR.
Bersuara `wow’
Hampir 1, 000 orang yang hadir memberikan respon dengan bersuara ‘woo’ setiap kali beliau menyatakan angka wang ringgit dalam juta dan billion.
Mohamad Rafie yang juga merupakan Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban berkata, keputusan untuk membeli dibuat menerusi orang politik dan menerusi orang tengah atau syarikat orang tengah.
“Ini mewujudkan isu ketelusan dam akauntabiliti menjadi persoalan. Atas nama kerahsiaan, perbelanjaan pertahanan diseleweng.
“Transparency International dalam kajian tahun 2011 untuk 93 negara, ketelusan perbelanjaan pertahanan Malaysia adalah dalam kategori rendah.
“Rasuah dan salahguna peruntukan bukan sahaja memberbahayakan keselamatan negara tetapi juga anggota pasukan keselamatan kita.
Abai keselamatan negara dan anggota tentera demi kepentingan perut
Caribou terhempas
“Saya bukan anggota tentera, tetapi semua lelaki lain yang ada dalam keluarga saya berkhidmat dengan tentera termasuk ayah dan abang saya.
“Pada 24 Mei 1999, pesawat Caribou terhempas di Lapangan Terbang Kuching yang mengorbankan lima perajurit negara. Dalam insiden itu enjin sebelah pesawat Caribou terhenti secara tiba-tiba.
“Pesawat Caribou dibuat oleh syarikat De Havilland, Canada pada tahun 1958.
“Pada tahun 1966, kerajaan Canada menghadiahkan empat pesawat Caribou kepada kerajaan Malaysia.
“Di antara tahun 1969 hingga 1973, kerajaan Malaysia menambah bilangan pesawat Caribou dengan pembelian dan akhirnya berjumlah 18 buah keseluruhannya.
“Setiap peralatan ada usia tua dan adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan setiap peralatan diselenggara dengan baik atau jika sudah sampai masanya ditukar kepada yang lebih selamat dan baik,” ujar Mohamad Rafie.
Mohamad Rafie memberikan butiran sejarah pesawat Caribou terhempas iaitu seawal 12 Januari 1967, 30 Mac 1970 dan 29 November 1980.
Selepas itu pada 25 September 1982 mengorbankan tujuh anggota tentera di Kampung Attap, Berinchang, Cameron Highlands dan pada 31 Julai 1995 mengorbankan tiga perajurit di Labuan.
`Kemalangan’
“Akhirnya dalam kejadian di Kuching itu sebuah pesawat Caribou yang terhempas mengorbankan kapten Asri Abdullah, 27 tahun dari Teluk Intan, Perak; kapten Salleh Abdul Malek, 37, Rembau, Negeri Sembilan; kapten Mohd Johari Pomin, 34, Tanjung Karang, Selangor; Sarjan Mili Mat, 35, Kuching, Sarawak dan sarjan Adnan Arifin, 31, Kota Bharu , Kelantan.
“Setelah berlaku kemalangan ini barulah Kementerian Pertahanan memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan Caribou. Ini menjadikan penerbangan jam 1.15 tengahari, 24 Mei 1999 sebagai penerbangan terakhir Caribou di Malaysia.
“Kapten Salleh adalah abang saya. Kami sekeluarga menerima dan redha dengan kepergian beliau.
“Cuma apabila kami dimaklumkan oleh juruteknik, kapalterbang Caribou berstatus uzur dengan ketiadaan alat ganti. Alat ganti diambil dari kapalterbang yang tidak terbang.
“Ini mengesahkan peruntukan kewangan kpd Kementerian Pertahanan walaupun besar tetapi tidak diguna untuk kepentingan keselamatan negara mahupun keselamatan anggota.
“Mereka abai keselamatan negara dan anggota tentera demi kepentingan ‘perut’ mereka atau ‘perut’ kroni mereka.
Dasar Pakatan Rakyat
“Justeru itu kita akan memastikan pemimpin Pakatan Rakyat samada dari PKR, PAS mahupun DAP tidak akan terbabit dengan rasuah atau salahguna kuasa.
“Jika ada diantara mereka melakukan rasuah, salahguna kuasa, mereka akan ditangkap, dibicarakan dan dihukum menurut peraturan yang ditetapkan.
“Malaysia akan menjadi lebih maju, aman dan rakyat hidup dengan penuh kebahagiaan kerana kepimpinan Pakatan Rakyat mempunyai sahsiah diri yang baik, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta berwibawa dan berkebolehan untuk memimpin negara ini.
“Oleh itu saya menyeru rakyat untuk membuat perubahan pada pilihan raya umum ke-13 dengan memilih calon-calon Pakatan Rakyat demi masa depan negara,” seru Mohamad Rafie.
Turut berucap dalam ceramah anjuran PKR Seremban malam tadi ialah bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid; bekas Panglima Logistik TUDM, Briged Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Ahmad Azam Hamzah.

One thought on “‘Kementerian Pertahanan lubuk pemimpin BN kayakan diri’

  1. susah benor nak menang beli aja pisau parang dan yg penting pakai jampi serapah musuh pun kalah kan murah hargana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s