PRU 13, peluang terakhir Hadi -FMT

PRU 13, peluang terakhir Hadi –FMT
Muda Mohd. Noor | March 18, 2013


Hadi sangat pintar berceramah menggunakan ilmu agamanya tetapi sainganya semakin banyak.
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun mempunyai karisma tetapi selalu tidak bernasib baik dalam politik. Meski orang nombor satu PAS – parti pembangkang paling ramai ahli dan pernah mengetuai kerajaan Terengganu – beliau masih dianggap pemimpin yang lemah.
Malangnya Persiden PAS itu masih dibayangi pemimpin-pemimpin PAS terdahulu terutama Datuk Seri Mohd Fadzil Noor serta Mohd Asri Muda, dua presiden yang menempa nama gemilang dalam sejarah PAS.
Dalam kepimpinan Pakatan Rakyat, karisma Presiden PAS itu jauh ketinggalan dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pun Penasihat DAP, Lim Kit Siang walaupun umur mereka sebaya.
Walaupun, Hadi melakukan pelbagai usaha namun ia tidak mencapai apa yang dihasratkan. Kepimpinannya tenggelam di sebalik rentetan kemelut dan kontroversi ciptaannya.
Beliau terlibat dengan kontroversi kerajaan perpaduan Umno-PAS sebaik selesai pilihan raya umum 2008. Beberapa bulan lalu terbabit pula dalam isu kalimah Allah Pakatan Rakyat yang sehingga ini belum selesai.
Tindakan pewakilan PAS dalam muktamar di Kota Baru yang lalu mencadangkan Hadi sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah juga mencabar wibawanya sebagai Presiden PAS.
Mencabar Umno
PAS bukan sahaja bersaingan dengan PKR dan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat tetapi dengan Umno untuk membuktikan sokongan orang Melayu.
Barangkali Hadi sedikit lega dengan kemasukan beberapa pesara kerajaan berprofail tinggi seperti bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari serta beberapa yang lain.
Usaha PAS menjadikan parti itu untuk semua – PAS for All – kurang berjaya kerana orang bukan Islam lebih berminat dengan PKR dan DAP. PAS tidak mampu menjadi pelbagai kaum, sebaliknya hanya mampu bersaing dengan Umno.
Hasrat Hadi untuk menjadikan PAS untuk menjadi parti terbesar berbanding DAP dan PKR hanya mimpi kosong. Sebaliknya menjadi pengikut DAP khususnya dalam isu kalimah Allah.
Tidak mungkin PAS boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan DAP.
Begitupun, sanjungan dan har

apan ahli dan pengikut PAS kepada Hadi tidak pernah surut. Di kalangan PAS, Hadi masih pemimpin terbaik untuk parti Islam itu.
Masih popular
Di Marang, kawasan parlimen yang diwakili Hadi, ribuan rakyat masih mendengar ceramahnya. Di masjid Rusila, mereka datang setiap pagi Jumaat untuk mendengar kuliah agama Hadi.
Pilihan raya umum ke 13 ini merupakan peluang dan kesempatan terakhir untuk Hadi membuktikan karismanya sebagai pemimpin PAS.
Jika PAS gagal menambah kerusi parlimen, Hadi akan dicop pemimpin yang gagal. Jika gagal mengekalkan Kelantan dan Kedah, Hadi akan dianggap pemimpin lemah. Jika PAS gagal merampas Terengganu, Hadi gagal total.
Paling penting Hadi mesti ingat, pilihan raya ke 13 nanti juga mempertaruhkan jawatan partinya, Jika prestasi PAS merudum, Hadi akan ditentang dalam pemilihan muktamar tahun depan.
Hadi sangat pintar berceramah menggunakan ilmu agamanya tetapi sainganya semakin banyak. Umno menggunakan ulama-ulama muda seperti Fathul Bari Mat Jahaya untuk menarik pengundi muda.
Cara Hadi menyampaikan ucapannya juga sangat konsevartif iaitu sama yang dilakukannya 20 tahun lalu. Sebahagian isu-isu yang dibawanya sudah laput.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s