jom turun himpunan rakyat 19 feb

Kumpulan sokong PPSMI rancang berhimpun di Putrajaya

Oleh Md Izwan
January 28, 2013

http://www.themalaysianinsider.com/images/uploads/ppsmi.jpg

Langkah menganjurkan himpunan adalah memandangkan Putrajaya tidak mendengar pandangan dan pendapat walaupun pelbagai dialog dan perbincangan diadakan
antara kementerian dengan ibu bapa dan warga pendidik. – Gambar fail

KUALA LUMPUR, 28 Jan—Tidak berpuas hati dengan keputusan Putrajaya dalam isu pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, kumpulan warga pendidik dan ibu bapa merancang untuk berhimpun di Kementerian Pendidikan pada 19 Februari bulan depan.

Dalam satu sidang media hari ini, empat kumpulan yang menyokong Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mendakwa
kerajaan telah mempolitikkan isu tersebut serta kecewa dengan Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan 2013-2025 yang diperkenalkan tahun lepas.

“Kami lihat isu pendidikan ini sudah dipolitikkan dan masa depan anak-anak kita tergadai.

“Sudah sudahlah mempolitikkan PPSMI ini,” kata Shamsuddin Hamid, jawatankuasa Concerned Parents of Selangor (CPS).

Menurut kumpulan tersebut, langkah menganjurkan himpunan adalah memandangkan Putrajaya tidak mendengar pandangan dan pendapat walaupun pelbagai dialog dan perbincangan diadakan antara kementerian dengan ibu bapa dan warga pendidik.

“Sudah banyak program dialog dan perbincangan kami adakan dan sertai, tapi malangnya semua tidak diberikan perhatian dan diambilkira,” tambah Shamsuddin lagi. –TMI

PPSMI diperkenal Mahathir pada sekitar 2004, Mahathir seperti baru tersedar dari mimpi bila mana Singapura sudah pun memungut hasil daripada pendidikan berasaskan
bahasa Inggeris, Mahathir baru nak perkenalkan di Malaysia? hakikatnya Malaysia ketinggalan 20 tahun di belakang Singapura.

PPSMI mendapat reaksi bercampur yang melangkau politik. Parti kerajaan ada yang menyokong dan ada yang menentang, begitu juga parti pembangkang ada yang
menyokong dan ada yang membangkang.

Kumpulan pembangkang PPSMI ini sudah semestinya daripada kumpulan manja, 3 keturunan kerja gomen, bak kata salah seorang penceramah PAS, makan duit judi, makan duit babi, duit arak dan duit pelacur yang tidak diasingkan. kerja senang tak ada cabaran, tiap-tiap bulan masuk gaji, tiap-tiap tahun dapat bonus tak kira cuaca ekonomi, senang buat loan rumah dan bermacam imbuhan lagi. Maka mana mungkin mereka mahu susah sedikit demi kemajuan. Dan mereka masih bermimpi yang anak-anak dan cucu mereka juga akan dapat kerja gomen di masa hadapan nanti.

Kumpulan penyokong PPSMI pula ialah dari golongan yang berpandangan jauh, golongan yang berdikari atau bekerja swasta. Mereka sudah nampak masa akan datang, tak perlulah akan datang sekarang pun sudah nampak, di mana degree tidak lagi berasaskan kepandaian, serendah 3A pun boleh ambil, IPT bersepah-sepah dan yang jelas sekali jawatan dalam kerajaan tidak boleh diperbanyakkan lagi kerana sekarang ini pun jawatan awam di Malaysia adalah yang terbnayak di dunia, kemungkinan untuk anak-anak mereka dapat bekerja dengan gomen adalah bukan lagi tipis malahan mustahil.

dari sudut menuju negara maju pula, lihat sahaja sejarah, negara maju kebanyakan rakyatnya ialah engineer dan ahli sains, turki othmaniah negara pertama memakai
mesin gun (abus gun) dan meriam gergasi, German juga terkenal dengan kejuruteraannya, panzer dan MG42 yang masih digunakan sehingga kini, tapi Malaysia hanya penuh dengan pekerja gomen, guru dan nurse, malangnya.

Jika kita boleh turun menguningkan kl pada setiap perhimpuanan demi parti politik masing-masing, apa salahnya kita turun 19 feb ini demi anak-anak kita. bangkit ibubapa bangkit keluarkan golongan akademik bodo daripada bidang pendidikan (akademik).

One thought on “jom turun himpunan rakyat 19 feb

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s