Khutbah Jumaat cubaan wujudkan kebencian agama, kata PAS

Khutbah Jumaat cubaan wujudkan kebencian agama, kata PAS

Beberapa pemimpin PAS membidas pihak berkuasa Islam kerana cuba mewujudkan kebencian agama dalam khutbah Jumaat kelamarin dengan menggelarkan pihak yang berkeras mahu guna Allah untuk tuhan mereka sebagai musuh Islam.

Menurut beberapa pemimpin yang dihubungi Malaysian Insider, Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang bertanggungjawab menyediakan teks khutbah tersebut, telah gagal menonjolkan Islam sebagai agama keamanan dan kesefahaman sebaliknya menonjolkan islam sebagai tiada tolak ansur (dalam bab akhidah).

“Tindakan Jakim ini adalah cubaan mengapi-apikan sentimen kebencian kepada orang-orang kristian.

“Sikap ini adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab,” kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Dalam teks khutbah Jakim semalam, penguatkuasa agama tersebut memberi amaran kepada umat Islam diseluruh negara tentang percubaan “musuh Islam” untuk menyesatkan mereka dengan memberi gambaran semua agama adalah sama.

Dalam khutbah semalam, JAKIM memberi amaran kepada umat Islam di seluruh negara tentang cubaan “musuh Islam” untuk mengelirukan umat Islam dengan menyebarkan dakyah bahwa semua agama adalah sama. –tmi

Tiada parti politik boleh dipercayai, tetapi dari sudut intergriti, PAS ternyata lebih berintegriti daripada UMNOBN.

Ada ahli majlis syura yang cenderung kepada UMNO? Mereka memainkan isu ALLAH dan memaksa PAS bersetuju dengan UMNO bahawa ALLAH hanya untuk muslim, dalam usaha mereka mensabotaj PAS dan PR amnya.

Bila Ibrahim Ali mahu membakar bible yang mempunyai pakatan Allah di semenanjung, UMNO BN memndiamkan diri, terutama PM 1 Mesia.

Lagi, bila khutbah Jakim yang menyentuh isu sensitif, UMNO BN mendiamkan diri, ingatlah UMNO BN yang memulakan fiasco ini.

Seperti biasa UMNO BN bergantung kepada politik perkauman dan agama untuk kekal berkuasa.

BN tiada integriti bila soal tanggungjawab dan pentadbiran. Dengan semua hujah ini, masihkah anda percaya UMNO = PAS? Maafkan saya, PAS sememangnya lebih baik daripada UMNO.

Walaubagaimanapun, seperti kata Azmin Ali, kita tidak boleh menukar pendirian setiap hari. PAS harus menetapkan pendirian mereka, adakah ALLAH untuk semua kerana ia hanya masalah bahasa atau ekslusif untuk muslim berdasarkan sifat keesaanNya seperti pendirian UMNO?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s