Bagaimana UMNO menguasai bisnis mengilang dan mengedar beras

Oleh nkkhoo (http://www.nkkhoo.com)

Kajian kes beras wangi mutiara dan naga

Secara ringkas, artikel ini menjelaskan bagaimana kerajaan BN mengunakan kuasa legislative dan ekonomi menekan dan seterusnya mengambil alih bisnis kilang beras dan pengedarannya daripada pengusaha-pengusaha Cina.

Dekad 80an memperlihatkan pasaran beras dikuasai pengusaha Cina dengan brand seperti Dragon and Peral, Jasmine dsb. Robert kuok waktu itu adalah antara taiko perniagaan beras. Mahathir dalam usaha memperkasakan DEB, mewajibkan AP kepada komoditi utama yang diimport. Mengimport buah oren Cina di musim tahun baru Cina juga dimasukkan dalam kuatkuasaan ini.

Sejurus selepas itu, pasaran beras pula menjadi sasaran apabila Bernas ditubuhkan. Bagi menjalankan polisi ini. Permit import yang dipegang pengusaha Cina dibatalkan dan Bernas menjadi pengimport tunggal beras negara. Harga beras kemudiannya dikawal bernas sehingga kini. Semua produk padi mesti dijual kepada Bernas sahaja.

Bernas asalnya sebuah entiti kerajaan. kemudiannya dijual kepada sebuah syarikat kroni. Selepas memonopoli, Bernas mula mengambil alih pasaran komoditi penting ini daripada pengedar pukal. Robert Kuok nampak niat jahat ini dan menjual semua kepentingannya dan melabur dalam perusahaan lain. Tidak semua pengusaha beras sepertinya maka terpaksa mereka bersusah payah bersaing dengan Bernas walaupun ditindas dan dieksploitasi.

Dekat 90an memerlihatkan Bernas menguasai perniagaan Beras orang Cina yang berjaya mengharungi dekat 80an. Maka bekalan hanya boleh diperolehi daripada Bernas. Selepas sedekad lagi, kebanyakan pengilang Cina terpaksa menjual kepentingan mereka. Yang tinggal seperti Hock Ju Co Ltd.

Kenapa Bernas dengan mudah menguasai perusahaan beras orang-orang Cina melalui dua cara, 1. Sumber bekalan hanya melalui mereka. 2. Kekurangan trading capital diantara peniaga-peniaga Cina. Bernas memberi hutang kepada peniaga-peniaga Cina dan membiarkan hutang itu bertimbun kepada jutaan ringgit di mana cara pembayaraannya hanya melalui memberi saham syarikat kepada Bernas. Hanya Hock Ju edar tidak mahu menjual kepentingannya kepada Bernas. Kilang ini telah bersedia sepenuhnya dan pemiliknya ialah pengerusi pertubuhan pengusaha beras Malaysia. –baca selanjutnya di nkkhoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s