Tempat guru wanita di sisi suami?

Guru kecewa gagal tukar ikut suami

Pendidik Anak Bangsa,

Saya mewakili ribuan guru wanita di seluruh Malaysia ingin meluahkan
kekecewaan kami apabila permohonan kami untuk bertukar ke negeri lain atas
alasan mengikut suami tidak diluluskan. Malah, apabila rayuan dibuat, kami
tidak akan dilayan disamping perlu menerima kritikan dan herdikan
pegawai-pegawai dan kaki tangan di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ada antara kami yang menghadapi masalah ancaman keselamatan ekoran tinggal
bersendirian di rumah sewa. Ada juga antara kami guru-guru wanita
mengalami masalah keretakan rumah tangga ekoran perhubungan jarak jauh
yang terlalu lama. Sebetulnya, permohonan bagi guru wanita yang ingin
bertukar mengikut suami boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja seperti
waktu dahulu.

Ribuan permohonan bagi guru wanita yang ingin mengikut suami tidak
diluluskan, walhal begitu banyak kekosongan dan juga keperluan guru di
negeri berkenaan. Ramai antara kami terjejas kualiti dan tumpuan kerjanya
ekoran emosi yang tidak stabil kerana jauh daripada suami malahan ada yang
berjauhan dengan anak-anak. Sesungguhnya pihak yang berkenaan perlu peka
dan ingat bahawa tempat seorang isteri itu di sisi suami. –sumber

Berhenti sahajalah, apa susah? Kenapa mahu jadi duri dalam daging? Keluar tak mahu duduk di dalam menyusahkan orang?

Sebab itu bila mahu jalankan merit sepenuhnya ada orang kata tidak adil kepada orang kampung luar bandar sebab mereka tidak dapat kemudahan seperti orang bandar. Masalahnya kenapa? Inilah masalahnya.

Kiter pernah berbual dengan guru lama seorang perempuan dari Johor, beliau memberitahu, guru-guru lama teruji, campak di mana pun boleh hidup berbanding guru sekarang, mereka dulu sebelum jadi guru bertahun kena membuktikan diri jadi guru sambilan dulu (ke sandaran, tolong betulkan) lepas itu baru dapat tawaran masuk maktab, dan mereka di dril betul2 untuk jadi guru, sebab itu dicampak ke dalam hutan mana pun boleh hidup dengan gaji hanya RM400 sahaja sebulan itupun lepas 3 bulan ke 3 tahun tah baru dapat gaji sebelum tu pakai duit sendiri dulu dah tu nak konfom pulak lepas 3 tahun. Lepas 5 tahun baru keluar ke bandar ganti orang lain, lepas 8 tahun baru dapat pindah! Itulah baru guru!

Guru sekarang? anda nilaikanlah sendiri, gaji menjangkau RM3000, konfom cepat, time based cepat, baru posting dah keluar kereta import 7, 8 rat sebulan, keluar gadget terbaru mereka sambar dulu, tablet bapa tablet. Tapi belum setahun sudah ada isi borang minta tukar, dah tu result UPSR, PMR jatuh, peratus English jatuh sampai nak ambil guru dari luar negara, so apa cerita?

Tuan-tuan, bidang pendidian bukan bidang main2, ia bidang menghasilkan modal insan dan bakat negara? Tapi di Malaysia bidang pendidikan ialah tempat bail out orang2 yang akademik teruk dan terdesak tak dapat kerja. sebab itu jadi macam kes di atas. U tak nak kerja u berhenti lah pergi duduk di sisi suami U, kenapa jadi duri dalam daging?

Sebab itu budak luar bandar ketinggalan dan dijadikan alasan untuk result pakai graf, mereka bukan sahaja kurang infrastruktur malahan sumber manusia, kerana sumber manusia tak berminat nak berkhidmat untuk mereka sebaliknya hanya mahu wang dan hanya mementingkan perut dan bawah perutnya sahaja.

Demi rakyat, kuatkuasakan exit polisi!

One thought on “Tempat guru wanita di sisi suami?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s