Pak Lah Jawab Ibrahim Ali Isu Haram

Pak Lah: Melayu boleh berjaya tanpa elemen haram

Oleh Zurairi AR December 16, 2012

Pak Lah berkata kejayaan bergantung kepada kemampuan dan kebolehan
sendiri. — Gambar fail

SUBANG JAYA, 16 Dis ― Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari
ini menepis dakwaan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang
mengatakan larangan dalam Islam menghalang kejayaan Melayu, sebaliknya
beliau menegaskan agama bukanlah penghalang kepada kejayaan individu. –TMI

Orang lain sibuk buat duit mereka sibuk buat alasan, mereka sakit mereka salahkan jin buka kerana tak jaga kesihatan, mereka mundur mereka salahkan yahudi bukan kerana mereka malas kuasai ilmu, mereka miskin mereka salahkan Cina bukan kerana mereka suka makan subsidi dan harapkan kuota, sampai bila mereka mahu sedar ia salah diri sendiri tidak tahulah.

Jika bangsa lain boleh maju tanpa subsidi dan kuota, kenapa orang bumiputra tidak boleh?

Semua orang tidak kira bangsa dan agama adalah hamba Allah dengan kualiti tersendiri, semua boleh berjaya.

Hanya sesetengah orang mengharapkan yang haram atau tidak adil untuk berjaya seperti kuota untuk tempat di IPT dan kabel untuk kerja dan projek, sungguh memalukan orang jenis ini cakap pong pang pong pang tapi rampas tempat org lain di IPT, jawatan kerja dan projek kerana kelayakan sendiri tidak melayakkan.

Kita semakin kreatif menjustifikasikan yang haram, terbaru, prestasi sekolah turun kerana makanan tidak berkhasiat? (bukan sebab tukang ajar pun dari golongan tak skor periksa ke) tinggi kes rogol kerana berpakain seksi? (bukan kerana kurang kesedaran agama ke) miskin kerana ada halangan halal haram? (bukan kerana malas dan manja ke) sampai bila kita nak berdalih dari punca sebenar?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s