P. Pinang untuk DAP, Anwar

Anwar sandarkan sokongan kepada DAP di P. Pinang menjelang PRU

Oleh Opalyn Mok, Ida Lim dan Md Izwan December 16, 2012

NIBONG TEBAL, 16 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyandarkan sokongannya kepada DAP untuk terus memimpin Pulau Pinang menjelang pilihan raya umum (PRU) walaupun tidak disenangi oleh penduduk Melayu tempatan, sambil berkata beliau lebih rela menjadi “alat Cina” DAP daripada bekerja dengan MCA.

Perkara tersebut dinyatakan Anwar (gambar) dalam sebuah ceramah besar semalam di negeri kepulauan tersebut selepas Barisan Nasional (BN) mendapat kembali keyakinan memenangi semula 17 kerusi dewan undangan negeri (Dun) dan peluang sama rata di lima negeri lain milik Pakatan Rakyat (PR).

Umno dan BN ketika ini memiliki 11 kerusi manakala selebihnya daripada 40 kerusi Dun adalah milik PR.

“Mereka boleh kata Anwar telah jadi alat Cina. Jadi apa masalahnya? –TMI

Kiter pernah terbaca dulu presiden PAS Hj Hadi pernah berkata bahawa PAS memilih Anwar sebagai PM.

Itu sebelum muktamar am PAS, entah kenapa beliau diam sekarang.

PAS perlu sedar kerana Anwarlah DAP dan PAS boleh bekerjasama dalam satu Pakatan. Kenapa perlu wujudkan kebimbangan kepada pengundi sekarang?

Anwar mewakili middle Malaysia tulen lebih daripada DAP dan PAS, beliau mempunyai kualiti untuk bersaing dengan Najib dan mana-mana pemimpin UMNO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s