DSAI PM jika pakatan menang PRU, DAP


Anwar PM jika Pakatan menang, DAP
TMI
By Ida Lim November 19, 2012
KUALA LUMPUR, Nov 19 — DAP menegaskan pendirian mereka hari ini bahawa DS Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri (PM) jika Pakatan Rakyat (PR) menang pilihan raya umum akan datang.

Berikutan desakan oleh perwakilan PAS pada muktamr mereka minggu lepas untuk DS Abd Hadi Awang menjadi PM seterusnya, DAP mengingatkan mereka bahawa Anwar adalah pilihan pakatan pembangkang untuk menjadi PM akan datang.

“Persetujuan ketiga-tiga pihak, ialah Anwar. Jika Pakatan Rakyat yang menang, maka Anwar yang akan jadi PM,” Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) memberitahu pemberita di lobi parlimen ketika diminta mengulas.

Ditanya mengenai cadangan untuk parti dengan kerusi paling banyak untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri, Lim berkata bahawa kata sepakat di kalangan parti dalam PR adalah lebih penting. –TMI

 

Melainkan Nik Aziz campur tangan mengatakan Anwar Ibrahim sepatutnya menjadi PM dan bukan Hadi Awang, jurang ini antara parti-parti dalam PR bakal menjadi masalah getir pakatan pembangkang, terutama hanya bebrapa bulan lagi mahu PRU.

Hakikatnya Anwar ialah faktor persepakatan Pakatan Rakyat yang membolehkan PR memenangi lima negeri dan menghancurkan majoriti 2/3 BN di parlimen pada pru12 lepas. Hanya Anwar Boleh!

Kiter rase ramai penyokong PR memilih Anwar daripada Hadi. Anwar lebih berpengalaman daripda Hadi dalam menguruskan negara kerana beliau bekas menteri keewangan, dan English beliau lebih bagus dan beliau dikenali diseluruh dunia, barat dan asia. Jika PR menang, hanya Anwar yang patut jadi PM.

Sorry lah kalau nak cakap sikit, antara ketiga-tiga parti dalam PR, parti yang paling takda pendirian parti inilah, sekjap ya sekejap tidak lepas tu ya lepas tidak, dari awal sampai sekarang.

Realiti check, parti ini hanya mampu memerintah Kelantan! Terengganu pun tahan sepenggal, Kedah pun sekarang banyak masalah tak tahulah mampu bertahan atau tidak penggal depan.

Ada hati nak urus Malaysia? Ikut sahaja perjanjian asal, Anwar PM.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s