Guru tampar murid, keluarga ditawar wang tarik balik laporan

Keluarga Orang Asli ditawar wang agar tarik balik laporan

Keluarga seorang pelajar Orang Asli yang ditampar kerana tidak membaca doa
di sekolah minggu lalu didakwa ditawarkan wang untuk menarik balik laporan
polis mereka.

Timbalan pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru SK Bihai Arom Asir,
mendakwa, keluarga Hassan Achoi ditawarkan demikian pada 7 November untuk
menarik balik laporan tersebut.

Beliau mendakwa, abang kepaa salah seorang murid perempuan itu, Along
Hassan menghubunginya pada Khamis (8 November) untuk meminta nasihat dan
memaklumkan perkara itu kepadanya.

Arom ketika ditemui di Kuala Lumpu pada 9 November lalu mendakwa, Along
memaklumkan bahawa individu terbabit menawarkan RM300 untuk setiap murid
yang ditampar.

Beliau berada di ibu negara untuk menghadiri satu persidangan mengenai hak
Orang Asli.

Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat menghubungi Arom kerana kawasan
penempatannya, Pos Bihai yang terletak di kawasan pedalaman Gua Musang
berhampiran sempadan Perak-Gua Musang tiada liputan perkhidmatan telefon.

Arom yang kembali ke perkampungan berkenaan minggu lalu menemui ibu bapa
kanak-kanak terbabit dan mengesahkan butiran percakapan dengan guru
berkenaan.

Menurut Arom, ibu bapa kanak-kanak tersebut mendakwa sekumpulan guru
menawarkan RM250 untuk setiap orang murid, manakala guru yang
bertanggungjawab menampar kanak-kanak itu akan menambah RM50 kepada jumlah
tersebut – menjadikan jumlah RM300 untuk setiap kanak-kanak.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=55619

Mana kementerian pelajaran? korang tunggu apa lagi?! kenapa guru begini masih berkhidmat?

Adakah bidang pendidikan untuk menghasilkan modal insan dan tenaga kerja berkualiti negara pada masa akan datang atau lubuk pekerjaan bagi orang yang tak skor UPSR SPM atau degree tak laku?!!!

Korang nak tunggu bukti apa lagi?! budak bukan Islam ditampar kerana tidak membaca doa makan! Pengetua rasis! penjaga peperiksaan rasis! guru BI mengajar dalam BM! Guru math tak dapat A dalam math , guru sains tak dapat A dalam sains! Jadi guru tetapi diri sendiri akademik teruk! korang simpan buat apa lagi?!

Rakyat mahu mereka dipecat! kenapa mereka masih dibiar makan gaji tetap, menikmati elaun perumahan dan cuti panjang?! Selagi ameno berkuasa mereka ini kebal! tunggulah PRU13 sudah makin hampir!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s