PR bersama Nurul: Hujah Nurul berasas

Hujah Nurul berasas
Oleh Anisah Shukry, FMT
Monday, 12 November 2012

Satu peraturan bantai untuk semua

Nurul berkata bahawa tidak ada paksaan dalam agama, sama ada untuk orang Islam atau bukan Islam.

Dan hujahnya di sini berasas.

Islam ialah menyerah diri secara individu kepada Allah; di mana paksaan tiada tempat sama sekali kerana iman tidak boleh dipaksa, walaupun ke atas orang Melayu yang dilahirkan Islam.

Maksud saya, jika saya mengugut anda dengan pistol untuk anda masuk Islam, mahukah anda? melainkan anda memang sudah Islam, jika tidak tentunya tidak. Mungkin anda akan mengaku kerana takut ditembak tetapi keyakinan anda tetap sama.

Jadi paksaan bukan jawapannya – pendidikan ialah, seperti yang Nurul nyatakan kemudiannya.

Malah, dalam al-Quran, Surah Al-Nahl, ayat 126 menyatakan:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” ( 16:126 – diterjemahkan oleh Yusuf Ali) –sebenarnya ayat 125, new hope.

Sekarang, bagi mereka yang akan mengatakan saya tidak layak bercakap soal ini kerana bukan ulamak, izinkan saya memetik bekas Ketua Hakim Pakistan, SA Rahman.

“Manusia bebas memilih antara kebenaran dan kepalsuan dan fungsi Nabi adalah untuk menyampaikan mesej, contohi ia dalam kehidupan sendiri dan tinggalkan yang lain kepada Allah – dia tidak mengawas manusia untuk memaksa mereka untuk mengamalkan kepercayaan tertentu,” tulisnya.

Ia diperkukuhkan lagi dalam beberapa ayat Al Quran, termasuk Surah Ali Imran, ayat 20 dan Al-Ma’idah, ayat 92, yang menyatakan jika individu berpaling dari mesej Islam, maka kewajipan Nabi Muhammad hanya untuk mendidik – bukan memaksa.

Kebebasan untuk memilih masih wujud

Malangnya, kita masih mempunyai orang seperti Nasharudin yang berhujah bahawa “tiada paksaan dalam agama” ayat (2:256) hanya terpakai kepada orang bukan Islam dalam isu memeluk Islam.

Dalam erti kata lain, apabila seseorang menjadi Islam, maka paksaan bermula.

Sekarang, saya mencabar beliau dan lain-lain individu yang berfikiran sepertinya untuk menunjukkan mana-mana ayat di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa double standard ini wujud.

Nasharudin ada menyebut surah al-Ahzab ayat 36 sebagai “bukti” bahawa tidak ada kebebasan dalam agama bagi umat Islam.

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. “(33:36 – terjemahan oleh Yusuf Ali)

Tetapi, seperti yang anda boleh lihat, ayat ini hanya menyatakan bahawa apabila Allah telah menetapkan sesuatu, maka tidaklah sesuai bagi seorang mukmin untuk mempunyai pilihan lain dalam perkara itu – kebebasan untuk memilih masih wujud, seperti yang disebut beberapa kali dalam al-Quran.

Dengan kebebasan masih wujud, al-Quran masih menyatakan apa yang betul dan salah.

Dan jika seseorang memilih apa yang telah diharamkan, maka seseorang akan menghadapi akibat keputusan itu, sama ada dalam kehidupan ini atau di akhirat. —baca artikel asal di FMT

New Hope– Tak nak ulas panjang sebab isu sensitif TAPI Walaupun Anisah Shukry bukan Ustazah tapi dia boleh berhujah membela Nurul dengan ayat-ayat suci, mana geng-geng kita yang kata expert agama kenapa tidak guna kaedah yang sama untuk membela saudari Nurul dari serangan pencacai ameno bn?

2 thoughts on “PR bersama Nurul: Hujah Nurul berasas

  1. Menganuti Islam tidak memberi makna jika kita tidak beriman dan bertaqwa. Siapa pula yang boleh memaksa seseorang untuk beriman dan bertaqwa kalau dia sendiri tidak berbuat demikian dengan kerelaan hatinya ? Nurul, oleh yang demikian betul dengan hujahnya bahawa
    ” PAKSAAN ” bukan faktor penentu yang membezakan seseorang itu Islam yang sejati atau tidaknya. ALIAS DASUKI : 15/11/2012.

  2. Menganut Islam atau berstatus muslim bukan seperti memakai sesuatu barang (boleh tanggal-tanggal bila tak selesa), ‘name tag’ Muslim akan melekat sampai bila-bila.

    Cuba bayangkan, kita melakukan maksiat dalam masa yang sama kita sedang memakai name tag ‘saya seorang muslim’.

    Lazimnya begitulah, Muslim buat salah, Islam yang dapat nama. Jangan kita menjadi fitnah untuk agama!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s