La huryatuddin lil muslimin, Nasruddin wa Nasharudin?

Islam tidak menyokong kebebasan beragama untuk penganutnya, Nasruddin Tantawi

By Azreen Hani
Saturday, November 10, 2012

Telah berkata Nasruddin bahwa ayat-ayat dalam al-Quran yang berkaitan dengan Islam dan kebebasan beragama perlu difahami dengan jelas

Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hassan Tantawi berkata Islam tidak menyokong kebebasan agama bagi penganutnya pun begitu melarang sebarang bentuk paksaan kepada orang bukan Islam.

Bercakap kepada the Mole, Nasruddin berkata: “Islam tidak pernah menganjurkan kebebasan agama, sebagai orang beriman harus menerima hakikat bahawa Islam adalah benar.”

“Oleh itu, seseorang yang dilahirkan sebagai seorang Islam, dia perlu mematuhinya, mengamalkannya dan mempertahankannya.”

Nasruddin dalam blog post beliau memetik ayat dari Al-Quran (Al Anaam: 153) menyatakan bahawa tidak ada kebebasan beragama dan kebebasan untuk memilih agma untuk seorang yang dilahirkan Muslim, melainkan menyerahkan dirinya kepada Allah.

Beliau menjelaskan bahawa ayat di dalam Al-Baqarah: 256 khusus dalam memperincikan bahawa Islam tidak harus dipaksa ke atas bukan Islam dan Islam menyokong kebebasan bagi umat Islam dan bukan Islam untuk mengamalkan agamanya sendiri.

“Itulah apa yang dimaksudkan. Kita harus dapat memahami ayat-ayat ini dengan jelas, tambah Nasruddin.”

Komen beliau adalah Berbeza dengan kenyataan yang dibuat oleh naib presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar dalam satu forum awam baru-baru ini.

Nurul Izzah sewaktu menjawab soalan mengenai sama ada kebebasan beragama harus diberikan kepada orang Melayu juga telah berkata:

“Dan apabila anda bertanya kepada saya, (bahawa) tidak ada paksaan dalam agama, malahan Dr (Ahmad) Farouk (Musa) telah memetik ayat tersebut dari dalam al-Quran.

“Dan apabila anda tanya saya atau sesiapa sahaja, bagaimana boleh sesiapa pun berkata, ‘Maaf, ini hanya terpakai kepada orang bukan Melayu.’ Ia harus digunapakai secara sama rata. ”

Nasruddin bagaimanapun enggan mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah, dengan alasan beliau masih belum mendengar dan membaca keseluruhan transkripnya. —the mole

Nasha: Orang Islam tiada hak pilih agama
Monday, November 12, 2012

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa menegaskan bahawa kenyataan kontroversi MP Lembah Pantain Nurul Izzah Anwar bermaksud bagi “memberi kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia”.

Sedangkan, surah al-Quran yang dipetik oleh Nurul Izzah dalam ucapan pada 3 November itu hanya tertakluk kepada golongan bukan Islam.

“Tafsiran itu bermaksud, selagi mana sesorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim tiada hak sedikitpun untuk memaksa dia memeluk Islam.

“Apabila Allah telah tentukan dalam urusan berkaitan akidah, syariah dan akhlak, kita tidak ada hak untuk memilih.

“Hak kita hanya ‘kami dengar dan kami taat’ sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran,” katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini.

Oleh itu, Nurul Izzah perlu memberi penjelasan sekiranya tidak bermaksud bahawa kenyataannya adalah berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu Islam.

Sekiranya tidak, naib presiden PKR itu perlu menarik balik kenyataannya, kata Nasha seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Beliau turut membidas pemimpin PAS yang mempertahankan Nurul Izzah dengan hujah bahawa pemimpin berkenaan tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam.

Nasharudin juga menggesa pemimpin tertinggi PAS untuk mengeluarkan kenyataan memandangkan terdapat anggota parti yang tidak selesa dengan kenyataan Nurul Izzah.

“Mereka tunggu kenyataan pemimpin tertinggi sampai sekarang tidak keluar-keluar lagi,” katanya. —FMK

One thought on “La huryatuddin lil muslimin, Nasruddin wa Nasharudin?

  1. xdinafikan rata2 kini semakin ramai yang berbicara soal Islam, Miskipun bukan ahli dalam bidang tersebut. Namun itu bukanlah penghalang untuk kita menyampaikan walaupun sepotong ayat dari Al Furqan dengan tujan berdakwah kepada muslim dan non-muslim.

    Dalam konteks negara ini. Bukan sahaja non muslim, bahkan masih ramai muslim yang perlu ditarbiah demi menjaga kelangsungan iman. Pelbagai wajah berbicara soal islam, persoalannya adakah Islam yang dibicaranya di khalayak ramai benar2 difahami atau tidak. Kenyataan bukan ahli seolah2 menjurus kepada liberal & plural.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s