Pengecualian pembayaran balik PTPTN, graduan Cina paling ramai

Pengecualian pembayaran balik PTPTN, graduan Cina paling ramai
TMI
UPDATED @ 13:09:43 2012/08/11 By Md Izwan November 08, 2012

KUALA LUMPUR, 8 Nov -Pelajar Cina paling ramai dikecualikan bayar balik pinjaman PTPTN kerana prestasi mereka yang cemerlang dalam pelajaran, Putrajaya dedahkan hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung, 13192 pelajar telah mendapat manfaat daripada pengecualian itu antara 2003 dan 30 September tahun ini, berjumlah RM375 juta.

“Daripadanya, 72.8 peratus pelajar dikecualikan adalah Cina, diikuti oleh orang Melayu 22.2 peratus, India pada 3.2 peratus, dan selebihnya adalah kaum-kaum lain,” Hou berkata pagi ini di Parlimen.

Sejak tahun 2003, semua pelajar tempatan yang lulus dengan kepujian kelas pertama atau setaraf dengannya secara automatik dikecualikan daripada membayar balik pinjaman PTPTN mereka, MP Kluang itu menjelaskan. —tepat dari sumber TMI

72.8 peratus tu adalah tinggi.

Antara sebab yang dikenal pasti ialah IPTA menerima pelajar bukan bumi yang SPM 10A ke atas/ cemerlang STPM sahaja manakala pelajar Melayu dan bumiputra Sabah Sarawak yang cemerlang dihantar ke luar negara dengan biasiswa penuh, bumi yang tinggal di IPTA dan IPTS tempatan itu yang dapat banyak A sebab result pakai graf atau yang cukup makan dapat kurang daripada 5A atau masuk melalui sistem kuota UiTM dan kolej matrikulasi.

Kedua, bukan bumi, selain terpaksa betul-betul cemerlang untuk mendapat tempat di IPT tempatan, mereka juga sedar akan senario selepas graduate di mana mereka mustahil akan diterima kerja gomen lalu mereka berusaha lebih keras di Universiti menyiapkan diri untuk sektor swasta yang 100% kemajuan kerjaya berdasarkan merit, hasilnya kecemerlangan kali kedua di IPT.

Sebab itu ada orang tanya kenapa tidak ramai muka bukan Melayu di demo hapuskan PTPTN? Inilah jawapannya, sebab bukan bumi memang layak masuk IPT so xda masalah nak score dan dikecualikan drpd ptptn, bukan main kuota2, pintu belakang, pilih bulu dapat serendah 3A pun boleh buat degree, 1A boleh jadi YDP Poli, mmg xkan dpt pengecualian ptptn sbb tu mereka g berarak, akhirnya grad? lansung tak boleh pakai, degree law, engine, akauntan tapi kerja dalam bidang SPM gred 3 dan ada yang masih mengaggur goyang telur dan tek di rumah sampai umur 30.

Tepuk dada tanya iman, sendiri cari masalah lepas itu salahkan orang booo…

do.

7 thoughts on “Pengecualian pembayaran balik PTPTN, graduan Cina paling ramai

  1. ish cakap pasal benda baik dan iman, jangan sekalikan dengan pengunaan ayat ‘goyang telor’.. xmanis dibaca, menganggu rythm wave pembacaan. Namun dalam kes PTPTN, kalau xdiberi peluang pon salah, diberi peluang pon salah, Bila tak diberi, nanti orang melayu kata kerajaan tak tolong mereka dapatkan ilmu lanjutan selepas spm. Anak melayu perlu sedar dan lakukan anjakan paradigma dalam kehidupan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s