PBS: Guru dilayan seperti robot, masa rehat dirampas

PBS: Guru dilayan seperti robot, masa rehat dirampas

Salmiyah Harun,
09 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) memohon agar Kementerian Pelajaran mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mewujudkan tekanan kerja yang melampau di kalangan guru.

Presiden Pendidik Normala Sudirman (gambar) berkata, terlalu banyak aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Pendidik berhubung isu PBS malah ada yang menyifatkan guru dilayan seperti ‘robot’ dan hak serta masa rehat mereka dirampas. –Hrkh

Gaji kita mau tinggi, ijazah pun kita mau tapi mesti senang punya sebab dah tua, gaji pula mesti sama walaupun dah tua, elaun mau kaji balik kasi semua tinggi, interest perumahan kasi rendah 1% saje, masa kerja 25 jam seminggu + datang petang 6 jam seminggu (bagi sk) terlalu membebankan berbanding bidang lain dalam kerajaan dan swasta yang datang 49jam seminggu, cuti sekarang iaitu 87 hari cuti penggal + cuti perayaan umum lebih kurang 20++ hari (tolaklah kena dtg waktu cuti itupun bergilir atau mengajar tuisyen itu pun kelas peperiksaan sahaje bergilir2 juge, jaga periksa setahun sekalai dah tu dapat bayaran asing plak tu) masih kurang untuk masa rehat kami berbanding bidang lain yang hanya cuti gazzete 10 hari sahaja, dan kami mahu anugerah tokoh kerana jasa-jasa kami, by the way kelmarin ada kommando mati terjun payung mereka tak berjase ke? tapi kenapa mereka tak bising pun?

Sebarang usaha untuk memajukan murid dan anak bangsa sendiri kami tak mau, seperti PPSMI, PBS dan segala mcm akronim kerana ia dianggap membebankan kami yg mengajar lagi pun murid nanti tak skor pun boleh sambung belajar ambil degree dan kerja dalam gomen macam kami juge ye tak.

Itu Dong Zhong sangat rasis sebab tak mau ambil guru tak boleh berbahasa Cina (kenyit2 mata), dengar kata sekolah Cina jika murid dapat C guru kena buka kelas tambahan betul ke? Itu PAGE punya presiden pun sangat tidak timbang rase kerana menuntut PPSMI sedangkan bangsa kita sudah maju mengimport ilmu dan teknologi dalam bahasa kebangsaan ke luar negara hingga orang luar berebut-rebut mahu belajar bahasa kebangsaan sebab nak berniaga di Malaysia.

Sendiri mau ingatlah kawan, kalau mahu bangsa sendiri maju mesti susah payah, kalau mahu semua kerja senang lambat laun bangsa sendiri tertinggal dibelakang juge, sendiri rugi, sendiri bikin salahkan orang lain.

2 thoughts on “PBS: Guru dilayan seperti robot, masa rehat dirampas

  1. Nak isi rate students untuk PBS aku bangun pukul 4 pagi lagi tapi baru 15 students boleh daftar. Tu kalau nasib baik line laju. Mampus lah hari hari macam tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s