Halloween bukan upacara sembah setan

Halloween hanyalah sebuah parti, kata ADUN PAS

Malaysiakini
Nigel Aw
Nov 3, 2012

Mujahid Yusof Rawa Adun PAS Parit Buntar hari ini meremehkan gesaan rakan separtinya yang mahu mengawasi sambutan Halloween, dengan mengatakan ia hanyalah sebuah parti.

“Halloween, hanya sebuah parti, pergilah, jika saya tak mahu pergi jangan kata saya melarangnya, jadi jangan pergi,” kata beliau kepada forum mengenai negara Islam di Subang Jaya pagi ini.

Mujahid (kanan) telah diminta mengulas kenyataan pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut pada hari Khamis yang menyamakan Halloween dengan upacara menyembah syaitan.

Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed pada hari Isnin juga telah menggesa garis panduan untuk sambutan itu yang katanya boleh membawa kepada keruntuhan moral.

Kemudian, ada peserta menwar-warkan yang PAS hanya menghantar wakil pemimpin mereka yang berfikiran liberal di mata umum untuk menangani isu-isu tersebut tetapi majoriti ahli parti mempunyai pandangan yang berbeza.

Mujahid membalas: “Dalam mana-mana parti politik pun, terdapat dinamika antara kumpulan liberal dan konservatif. Mereka yang mahu maju dan mereka yang ingin mengekalkan status quo.

“Itu adalah perkara biasa, saya menganggap bahawa ia dinamik dan bukannya dua kumpulan dan saya juga pengerusi perpaduan nasional (jawatankuasa) jadi PAS telah menugaskan saya untuk menghadiri debat dan forum, bukan kerana saya seorang liberal,” katanya .

Terdahulu, Mujahid menerima tekanan daripada beberapa muslim progresif di kalangan penceramah forum yang dipengerusikan oleh bekas pengerusi Majlis Peguam Cyrus Das.

Pengarah Islamic Renaissance Front Ahmad Farouk Musa mensasarkan puak konservatif PAS terutama ulama dan sayap belia yang mencontohi model negara Madinah abad ketujuh, yang merupakan asas bagi konsep negara Islam hari ini. –MK

Sejujurnya, PAS bukanlah kolot seperti yang digambarkan media UMNO🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s