Dr Asri bela Nurul Izzah, tiada paksaan dalam Islam

Dr Asri bela Nurul Izzah, tiada paksaan dalam Islam
TMI
Nov 07, 2012

KUALA LUMPUR – Tiada paksaan dalam Islam, kata Dr Asri dalam membela Nurul Izzah yang sedang diserang puak konservetif berbau UMNO terhadap kenyataan Nurul menyentuh isu sensitif berkaitan Melayu-islam Malaysia baru-baru ini.

Berdasarkan pemerhatian bekas mufti Perlis tersebut akan kontroversi berikutan kenyataan naib presiden PKR itu pada sebuah forum umum anjuran pihak gereja bertajuk ‘Negar Islam: Versi mana, tanggungjawab siapa?’ di Subang Jaya sabtu lepas, di mana ada pihak menafsirkan kenyataan Nurul sebagai menggalakkan umat Islam murtad.

“Selepas mendengar penjelasan beliau, saya faham maksud beliau. Tiada paksaan yang dimaksudkan ialah dari aspek amalan dalam ajaran Islam.

“Jika benar terdapat paksaan, maka kerajaan akan mengambil tindakan terhadap orang Islam, contohnya mereka yang tidak memakai tudung,” katanya kepada Sinar Harian.

Pensyarah USM itu memberitahu yang beliau telah menulis satu artikel dua tahun lepas bertajuk, “Iman tidak boleh dipaksa”, yang mana kandungannya adalah sama seperti apa yang dimaksudkan Nurul Izzah.

“Orang Melayu tidak boleh dipaksa dan (mereka) beriman secara sukarela. tetapi, melalui proses dakwah, seseorang boleh dibawa kembali kepada iman,” beliau dipetik sebagai berkata.

Mohd Asri juga dilaporkan sebagai berkata yang kata-kata awalan Nurul Izzah mungkin telah disalah erti kerana ia tidak diperincikan.

Tambah beliau, Nurul telah menghubungi beliau meminta bantuan menjelaskan kenyataannya kepada orang ramai dan beliau sendiri bersetuju dengan kenyataan Nurul yang tiada paksaan dalam Islam.

Bernama melaporkan yang Nurul sebagai berkata yang tiada sesiapa pun harus dipaksa menganut agama tertentu dan ia termasuk juga orang Melayu.

Berikutan bantahan, Nurul terpaksa menafikan yang dia menyokong murtad dan menggalakkan orang Islam meninggalkan Islam.

Kaum dan agama tidak dapat dipisahkan di Malaysia, di mana orang Melayu – yang mewakili 60 peratus daripada 28 juta penduduk -didefinasikan di dalam perlembagaan sebagai beragama Islam.

Undang-undang tertinggi negara menyatakan Islam adalah agama rasmi manakala agama-agama lain boleh diamalkan secara bebas. —tepat dari sumber TMI

One thought on “Dr Asri bela Nurul Izzah, tiada paksaan dalam Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s