Nurul nafi sokong murtad

Naib presiden Nurul Izzah Anwar telah menafikan kenyataannya yang dibuat sabtu lalu dalam sebuah forum bermaksud menggalakkan umat Islam meninggalkan Islam.

“Saya tidak menerima atau menggalakkan murtad sama sekali,” Kata ADUN Lembah Pantai itu dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi (4 Nov 2012)

“Pendirian saya sama seperti pendirian umum bahwa setelah memeluk Islam, seseorang Muslim tertakluk kepada hukum syarak, sama seperti seorang warga negara yang tertakluk kepada perlembagaan persekutuan.

“Saya kesal kerana ada pihak cuba memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya main-main isu iman atau menerima seorang Islam yang murtad,” tegas beliau.

Nurul merujuk kepada kenyataannya dalam satu forum mengenai ‘negara Islam: versi mana, tanggungjawab siapa?’ di Subang Jaya pagi sabtu lepas.

Beliau dilaporkan sebagai berkata yang tiada siapa pun harus dipaksa menerima agama tertentu dan begitu juga orang Melayu.

Hari ini (5 Nov 2012), Utusan Melayu memaparkan laporan Malaysiakini yang melapor kenyataan Nurul itu di bawah tajuk “Melayu bebas pilih agama?”.

Nurul Izzah berkata semasa beliau menjawab satu soalan di forum itu, beliau membuat kenyataan berdasarkan ayat 256 daripada surah Al Baqarah, yang mana menyatakan, “Tiada paksaan dalam beragama”.

“Ungkapan ini merangkumi semua manusia,” katanya.

“Saya berdoa agar Allah akan memberikan taufik dan hidayah kepada semua, demi keamanan dan kemakmuran.” —tepat dari sumber FMK

Like father like daughter…. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s