Heret guru tampar murid orang asal ke mahkamah – Gobind Singh Deo DAP Puchong.

oleh Gobind Singh Deo
11:33 2 Nov, 2012

Guru yang didakwa menampar empat murid orang Asal SK Bihai kerana tidak membaca doa makan sepatutnya diheret ke mahkamah dan didakwa kerana menyerang (assault).

SK Bihai adalah sekolah khas orang asli yang terletak di pendalaman Gua Musang, dekat dengan sempadan Kelantan-Perak.

Dilaporkan, tiga bapa daripada pos Bihai terpaksa membuat perjalanan selama tiga jam ke Gua Musang hanya kerana mahu membuat laporan polis ke atas guru yang didakwa menampar anak-anak mereka 23 okt lalu.

Menampar sesseorang adalah dikira menyerang (assault). Ia satu kesalahan yang boleh dihukam di bawah seksyen 323 penal kod yang membawa hukuman penjara setahun atau dendan RM2000 atau kedua-duanya sekali.

Di samping itu, dalam kes ini mungkin telah melanggar Seksyen 17 Akta Orang Asli 1954 yang menyatakan bahawa tiada kanak-kanak Orang Asli harus dipaksa untuk menerima sebarang ajaran agama, tanpa kebenaran daripada ibu bapa mereka.

“Saya juga menyeru Menteri Luar Bandar dan Wilayah DS Shafie Apdal (kanan) menjelaskan mengapa dia menafikan bahawa kanak-kanak tersebut telah ditampar. Sekarang jelaslah yang dia salah kerana terus membuat kesimpulan”. — tepat dari sumber Malaysiakini

Rakyat Malaysia menuntut guru itu dipecat, benda ini sudah lama berlaku. Ramai guru telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan menggunakan kekerasan terhadap murid.

Apa kementerian UMNO buat hanya memindahkan mereka ke sekolah lain hukuman paling teruk pun memindahkan mereka ke sekolah luar bandar yang melayakkan mereka mendapat elaun lebih tinggi. Khabarnya gaji mereka menjangkau RM4000 ke 5500 sebulan dengan pinjaman perumahan RM400,000 dengan 4% faedah sampai habis bayar, kemudahan pinjaman dengna hanya IC dan satu slip gaji, cuti yang banyak, dengan kelebihan begitu pun mereka menolak mengajar PPSMI kerana menyusahkan mereka bukan murid, dan mereka masih mengatakan mereka ditindas!

Mereka seharusnya dipecat supaya mereka sedar mereka berkhidmat untuk rakyat, dibayar gaji dengan duit rakyat dan perkara ini tidak seharusnya diambil ringan. Mereka sepatutnya mengajar bukan mendera.

Seperti biasa menteri UMNO BN seperti Shafie Apdal akan terus menafikan untuk cover guru tersebut walaupun dia belum tahu hujung angkal cerita sebenar, skandal dia yang terang-terang dengan artis pun dia boleh nafikan.

Seperti juga kes dua tahun lepas, pengetua dan pengawas peperiksaan yang mengeluarkan kenyataan rasis itu dilindungi UMNo, Lim Kit Siang cuba menuntut hukuman berat dan mendebatkannya di Parlimen tetapi ia ditolak bulat-bulat oleh UMNO BN dan guru2 itu hanya dihukum dengan dipindahkan.

PRU13 makin dekat mari tolak polisi BTN UMNO BN ini. ABU!

One thought on “Heret guru tampar murid orang asal ke mahkamah – Gobind Singh Deo DAP Puchong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s