Murid Orang Asal Ditampar Kerana Tidak Baca Doa

Arahan tutup mulut kes tampar murid Orang Asal?

Koh Jun Lin
Malaysiakini Okt 29 2012
Kemungkinan terdapat arahan tutup mulut dikeluarkan terhadap pelajar SK Bihai di Pos Bihai, dekat Gua Musang, Kelantan berhubung pengajaran agama yang diterima mereka, dakwa seorang ibu bapa.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bihai Arom Asir berkata, sehingga kini pelajar kekal diam daripada memperkatakan insiden dakwaan empat murid Orang Asli yang ditampar kerana tidak membaca doa.

“Mungkin guru juga diberi amaran untuk tidak memberitahu ibu bapa mereka apabila pulang ke rumah. Itu apa yang saya syak,” kata Arom.

Beliau memberitahu Malaysiakini semalam bahawa beliau mengesyaki ada yang tidak kena tetapi ibu apa tidak menyedarinya sehinggalah insiden itu berlaku.

Arom juga mendakwa, selepas ibu bapa tampil mengadu, guru itu didakwa mempertahankan tindakan itu sebagai haknya sebagai guru.

Sekumpulan ibu bapa pada 25 Oktober lalu membuat laporan polis terhadap guru di SK Bihai kerana didakwa menampar anak mereka yang tidak membaca doa makan walaupun bukan Islam.

Malaysiakini cuba menghubungi SK Bihai untuk mendapatkan reaksinya.

Sementara itu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula ketika dihubungi berkata belum ada laporan dibuat kepada mereka dan sedang mengumpul maklumat tentang perkara itu.Malaysia Kini

Bayangkan kalau berlaku sebaliknya, orang lain tampar anak mereka kerana bab agama?, Hassan jati, Ibrahim Perkasa dan semua ahli UMNO akan turun berarak di jalan-jalan diiringi polis meminta si pelaku dipecat.

Singapura memecat penjawat awamnya yang mengeluarkan pernyataan rasis baru-baru ini, tetapi UMNO? dua tahun dulu apabila pengetua, pengawas peperiksaan keluarkan kata-kata perkauman dan ustaz yang merotan seorang pelajar bukan Islam kerana bawa sosej babi, di mana mereka sekarang? Masih lagi menikmati gaji tetap, elaun, bonus 1.5 bulan dan pinjaman perumahan.

Memindahkan, menggantung dan tindakan disiplin terhadap penjawat awam bermasalah begini tidak akan menyelesaikan sebarang masalah. Mereka seharusnya dibuang, biar mereka merempat dan pinjaman perumahan ditarik balik, barulah mereka tahu mereka bekerja untuk rakyat dan rakyat adalah bos.

Ingatlah kerana mereka juga PPSMI tidak dapat dijalankan, kerana mereka sendiri keputusan SPM sedikit A.

Sekarang baru anda faham kenapa Dong Zong (persatuan sekolah-sekolah Cina) tidak mahu guru-guru tidak boleh berbahasa Cina di semua sekolah-sekolah Cina dengan mewajibkan setiap guru memiliki sjil bahasa Cina termasuk guru BM, jangan hanya menilai Dong Zong dari sudut luaran.

Lawan tetap lawan. Duit raya duit kopi, pilihan raya undi PAS PKR DAP!

6 thoughts on “Murid Orang Asal Ditampar Kerana Tidak Baca Doa

  1. Apakah itu dikatakan proses tarbiah ? nasihat adalah jalan terbaik,

    Bukannya kekerasan terhadap murid. Mereka masih hijau, perlu dibelai dan dipujuk.

    Setiap murid itu adalah unik. Setiap murid memerlukan cara penyelesaian masalahnya berbeza2.

  2. i am not agree with author. those issue are not relevance as what Dong Zong try to do is to prevent malay teacher and elementary national to enter Chinese school.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s