Makan atas angin, agenda menjahanamkan ekonomi bangsa sendiri

Dewan Bandaraya akan ambil tindakan ke atas peniaga yang menyewakan lesen kepada pendatang

Hari pendatang guna lesen rakyat tempatan untuk berniaga bakal berakhir.

Dengan bantuan polis dan imigresen, DBKL akan bertindak ke atas perniagaan pendatang yang tidak terkawal yang beroperasi antaranya di Chow Kit.

DBKL percaya pendatang-pendatang ini telah menyewa lesen berkenaan pada harga yang melampau tinggi untuk membolehkan mereka berniaga di kawasan strategik kerana lesen hanya dikeluarkan untuk rakyat tempatan.TMI

Kenapa berpura-pura? Bukannya mereka tak tahu yang lesen ialah anugerah kepada anak pinak, adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan orang-orang kuat DBKL dan juga kepada kroni orang-orang politik supaya mereka boleh sewakan untuk makan atas angin, seperti juga lesen teksi dan lori.

Makan atas angin, cara ameno untuk kaya cepat dan jadikan bangsa sendiri malas dan tidak berdaya saing. Nampak macam cerdik kerana dapat duit tanpa bersusah payah tapi sangat buruk kesannya dalam jangka masa panjang, kalau bangsa lain buat siap la kena kutuk.

Semuanya mereka nak short cut dan pintu belakang, dalam perniagaan, dalam pendidikan dan dalam jawatan awam juga, pelajar bodo dapat 3A ke bawah pun dapat masuk poli, IPT, IPTS, Maktab, siap jadi YDP lagi tu, jadi siapa nak kerja buruh binaan perladangan, tukang cuci di KLIA dan pembantu rumah? Kalau semua nak jadi pegawai kerajaan, nurse dan guru? Tidakkah mereka nampak yang mereka makin hari makin melemahkan bangsa mereka sendiri.

Makan atas angin, agenda ekonomi Melayu yang memundurkan bangsa Melayu sendiri.

3 thoughts on “Makan atas angin, agenda menjahanamkan ekonomi bangsa sendiri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s