Rupanya geng mereka sendiri dah muak dengan perangai mereka!

Kami Penjawat Awam PA menuntut spy perkara2 berikut dipenuhi pihak Kerajaan:

1) Gaji yang sama atau lebih mcm pekerja swasta tapi beban kerja x boleh lebih, kurang ok dan digalakkan. Bonus juga sekurang2nya 3 bulan spt swasta dalam masa yg sama, kekalkan pencen berdasarkan gaji terakhir diterima. Juga elaun sedia ada.

2) Cuti kami mesti ditingkatkan. 30 hari x cukup sekurang2nya 90 hari cuti setahun. Kerajaan mesti wujudkan elaun cuti spy kami dapat guna elaun tersebut tanpa mengganggu gaji kami untuk melancong ke luar negara seperti UK, US, Australia dan negara2 Eropah yang high class.

3) Jangan wujudkan exit policy. Beri kebebasan spy kami boleh dtg – balik sesuka hati. Sistem punch kad perlu dimansuhkan.

4) Merujuk perkara 3) semasa kerja sekiranya ada urusan keluarga atau peribadi, tidak boleh dihalang keluar pejabat walaupun dah jadi tabiat dan bukan sekali-sekala lagi.

5) Sebarang usaha penambahbaikan perkhidmatan awam spt KPI, NKRA, GTP dan akronim2 lain perlulah ditamatkan memandangkan taraf perkhidmatan kami memang dah terbaik di peringkat international. Kerajaan juga perlu wujudkan Akta supaya orang awam yang kritik kami disaman dan dipenjara akibat perbuatan tersebut.

6) Kenaikan pangkat tanpa mengira skim perlu diberikan dari tahun ke tahun. Tanpa mengira keupayaan kewangan, naik pangkat = naik gaji. Pastikan kami PA dapat bersara sekurang2nya pada tahap KSU. Kami juga boleh option bersara dan dapat pencen terus lepas 10 tahun berkhidmat.

7) Mansuhkan had kelayakan pengajian bagi menjawat perkhidmatan awam. Pastikan tiada elemen bos – pekerja bawahan dalam organisasi Kerajaan.

8) Kami selaku PA secara automatik layak untuk mendapat banglo sebiji sorang dgn keluasan tanah sekurang2nya 10 ekar. Dan banglo ini diberi secara percuma kepada Kerajaan.

9) Kami turut layak mendapat perkhidmatan perubatan yang mahal dan 1st class di hospital swasta tanpa apa2 bayaran mahupun perlu melanggan insurans.

10) Keperluan dan kehendak lain seperti kenderaan (sekurang2nya perdana sebiji), membeli barangan keperluan runcit harian dan pakaian, beg tangan,kasut, gajet dan lain2 barang pengguna layak dimiliki kami dengan hanya menunjukkan kad jabatan masing2.

(Ini ialah tuntan perli seorang pembaca blog Cuepacs)

Tak sangka orang mereka sendiri sudah fed up dengan perangai meminta-minta tak sepadan kerja mereka itu. Sebenarnya dah ramai orang buka mata dan muak dengan perangai PA ni, kerja tak seberapa komplein saje banyak.

Terbaca satu entri dari satu blog, minta balik elaun PPSMI guru marah. Mase PPSMI, mereka dibayar elaun untuk mengajar dalam BI tetapi mereka bantai mengajar dalam BM, elaun mereka kebas bagi makan anak bini, apa hukumnya ni?

Bila PPSMI gagal kerana mereka dan elaun ditarik dan diminta semula, mereka marah! dan mereka kata mereka yang teraniaya, bukan masa depan anak-anak kita yang teraniaya, mereka yang dok kebas gaji elaun dan segala macam kelebihan masih tak cukup-cukup itu mereka kata teraniaya?

Bangkitlah ibubapa demi masa depan anak-anak kita undi keluar ameno BN  supaya masa depan anak kita lebih terjamin, dunia masa depan makin mencabar, sekarang pun berapa ramai graduan mengaggur?, kononnya 40,000 tetapi angka sebenar sudah semestinya lebih tinggi.

Bhai… itu yang memang sijil palsu… tapi yang gua nak citer nih aderlah tentang perangai dan kerjabuat sesetengah IPTA dan IPTS di Malaysia yang sebijik macam kilang mengeluarkan sijil palsu… hahaha… sijil tak laku….  yer la…. kualiti produk akhir yang keluar dari IPTA dan IPTS nih dah macam kilang…. terlalu banyak produksi… tapi mutu kualiti hasil produk… out… hancusss…

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2012/10/ijazah-palsu.html#ixzz2AFntH4rn

Ini pula cerita ijazah palsu, betul cakap blogger ini, komplein ijazah palsu tetapi IPTA dan IPTS sendiri mengeluar ijazah tanpa kawalan, serupa jual degree, U dapat serendah 3A kebawah, u dapat 5A ke atas, U bodo U pandai, U boleh buat degree, so apalah beza bodo dan pandai begitu, rajin dan malas belajar begitu?

Serupa ajar anak-anak bangsa jadi malas, buat apa belajar rajin-rajin? buat rugi, dapat serendah 3A pun boleh buat degree juga, boleh kerja gaji besar dalam kerajaan juga, buat rugi belajar rajin-rajin, study lewat-lewat malam, ulang alik pergi library no point.

Itulah bangsa yang dibentuk ameno, bangsa malas dan manja, harap cakap saja banyak!

Advertisements

2 thoughts on “Rupanya geng mereka sendiri dah muak dengan perangai mereka!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s