Sejarah bercanggah dengan kenyataan Menteri yang Malaysia bukan negara sekular

Sejarah bercanggah dengan kenyataan Menteri yang Malaysia bukan negara sekular

KUALA LUMPUR, Oct 22 ― Sejarah mengatakan Tunku dan Tun Hussein Onn pernah menyatakan Malaysia adalah sebuah negara sekular, bercanggah dengan kenyataan DS Nazri di Parlimen hari ini yang negara ini tiada kaitan dengan sekular.

“Gua boleh kasi bukti bertulis yang menunjukkan bapa-bapa negara kita telah mengisytiharkan Malaysia sebuah negara sekular dan bukan negara Islam,” kata Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) menyanggah kenyataan DS Nazri Aziz yang Malaysia bukan negara sekular.TMI

Negara sekular ialah satu cabang sekularisme, di mana sesebuah negara mengambil pendirian neutral dalam soal agama, wikipedia, ini lansung tidak mencabar Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Perkataan sekular telah terlalu di-spin hingga kini membawa maksud anti Islam?

Kiter tak tahu apa masalahnya dengan negara sekular, PAS sendiri pernah menyatakan negara Islam tidak ada dalam Quran dan nabi SAW pun tidak pernah mengisytiharkan Madinah negara Islam kata mereka.

Sebelum berbicara soal negara Islam mahupun hudud, mari kita lihat bab asas iaitu keadilan, yang membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Adilkah budak 7A ke 12A diketepikan daripada tempat di sekolah asrama, IPTA dan biasiswa bagi memberi jalan kepada bodo SPM kurang 5A ada yang serendah 3A dan tak ada A untuk pendidikan lebih baik dan peluang buat degree?

Bagaimana pula jawatan dalam kerajaan? Ada jawatan yang sengaja diwujudkan bagi memberi duit wellfare kepada orang yang gagal dalam pelajaran dan pemegang degree yang tak laku selepas graduate?

Bagaiman dengan bidang pendidikan? Tak skor SPM masuk pusat latihan tukang ajar dan jadi tukang ajar, adakah ini meletakkan sesuatu pada tempatnya. Degree tak laku sambung belajar kemudian jadi lecturer, adakah bidang pendidikan untuk meghasilkan tenaga kerja berkualiti dan modal insan atau tempat nak bail out mereka yang reject?

Sebelum cerita bulan dan bintang, settlekan dulu perkara-perkara basic di atas, pleaseee.

Ambil contoh Singapura, ia sebuah negara sekular dan ia makmur dan maju.

Kiter rasa Malaysia patut sedar, kepelbagaian ialah kekuatan, masyarakat majmuk adalah kekuatan kita sebenarnya.

Begitu banyak negara mahukan kepelbagaian budaya dalam satu negara untuk memudahkan bisnis dan membuka lebih banyak peluang kekayaan.

MCA MIC harus bersuara, semak semula sejarah dan beritahu bagaimana negara ini dan perikatan ditubuhkan. Kenapa berdiam diri. Walaupun fakta sejarah bersama anda, anda masih takut dengan UMNO?!

2 thoughts on “Sejarah bercanggah dengan kenyataan Menteri yang Malaysia bukan negara sekular

  1. Sejarah Malaysia sekadar berpusing-pusing disekeliling mereka. Merekalah penentang penjajah, merekalah wira, merekalah penyelamat. Sedangkan yang pengkhianat juga mereka, tali barut mereka, petualang merekalah jua.

    Ini bukan sejarah negara, ini sejarah mereka!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s