Pakatan diminta menyokong Permintaan sahabat Suaram dan Hindraf Makkal Sakti Johor

Pakatan diminta menyokong Permintaan sahabat Suaram dan Hindraf Makkal
Sakti Johor
Athi Shankar | Oktober 20, 2012

GEORGE TOWN: Sahabat Suaram dan Makkal Sakti Johor telah tampil dengan
‘Tuntutan Johor’ dan mahu Pakatan Rakyat untuk menyokongnya.

Mereka minta Pakatan menyokongnya jika mahu undi mereka di Johor dalam
satu kenyataan bersama hari ini, penyelaras Sahabat Suaram, Ang Pei Shan
dan ahli Hindraf Y Mohan berkata ‘Tuntutan Johor’ mengemukan 3 permintaan;
perkauman, nasionalisasi pekerja asing dan Pengerang.

Mohan berkata NGO itu mahu komitmen sebelum pilihanraya daripada Pakatan
untuk melaksanakan tuntutan mereka jika gabungan itu berjaya mengambil
alih kuasa di Johor atau Putrajaya.

Semalam, katanya, ‘Tuntutan Johor’ telah diserahkan kepada cawangan negeri
ketiga-tiga parti DAP, PKR dan PAS.

“Undi kami untuk situasi sama-sama untung,” kata Mohan.

Tuntutan utama NGO itu ialah:

1. Menghapuskan semua bentuk penindasan kaum dan berusaha kearah
kesaksamaan semua kumpulan etnik.

2. Melindungi hak dan kepentingan orang Johor dalam pengambilan tanah di
bawah projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).

3. Memansuhkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (hak dan keistimewaan
bumiputra),

memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB),

memansuhkan kuota Bumiputra dan

memansuhkan Akta Pendidikan 1996 Seksyen 17 (1) (bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar di semua institusi pendidikan negara)

-ke arah mencapai perpaduan, keharmonian sosial dan kemakmuran negara. —
sambung baca di FMT

Isu sensitif jadi tiada komen dari kiter namun anda diminta membaca dengan hati yang terbuka dan nilaikan sendiri demi Malaysia baru. Jika ada pendapat bernas sila nyatakan di sini, jika nak maki sila berambus.

2 thoughts on “Pakatan diminta menyokong Permintaan sahabat Suaram dan Hindraf Makkal Sakti Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s