Pendidikan, kesaksamaan ekonomi tarikan utama undi Cina, kata Saifuddin

Pendidikan, kesaksamaan ekonomi tarikan utama undi Cina, kata Saifuddin
TMI 
Oleh Mohd Farhan Darwis October 18, 2012

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Pendidikan dan kesaksamaan ekonomi adalah isu utama yang akan menarik masyarakat Cina, yang nampaknya telah beralih sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.TMI

Hanya ada satu isu di sini, KEADILAN. Pakcik kiter adalah mangsa DEB pada tahun 70an. Die tidak dapat masuk ke IPTA kerana kuota. Jadi terpaksa mencari kerja di mana iklan jawatan kerajaan berbunyi, bumiputra diutamakan.

Akhirnya dapat kerja dan sambung belajar secara susah payah melalui kerja sambil belajar. Pada masa itu die begitu naif kerana mahu berkhidmat kepada negara. Nasib baik dia tidak diterima, jika tidak dia akan kecewa kerana diskriminasi yang wujud dalam jabatan kerajaan.

Saifudin betul separuh. Orang cina memang mementingkan pendidikan, tetapi tidak cukup setakat mengiktiraf sijil, diploma dan degree mereka. Sebaliknya mereka mahu pendidikan berkualiti dan keadilan kepada semua, kepandaian harusnya berdasarkan 100% kepada merit, bukan kuota.

Tingkatkan kualiti sekolah kebangsaan agar ia dapat diterima semua, jangan jadikan ia lubuk pekerjaan bagi orang yang gagal dalam pelajaran seperti sekarang. Jika tukang ajar sendiri tidak skor SPM dan UPSR cabok, bagaimna mereka mahu mengajar orang lain skor A dalam UPSR dan SPM?

Begitu juga pendidikan tinggi, kualiti degree harus dijaga, dengan mengetatkan pengambilan berdasarkan merit sepenuhnya, bukan kuota. Degree di Malaysia sekarang tidak ada kualiti, orang yang hanya dapat serendah 3A pun boleh buat hingga yang dapat SPM gred 3 pun boleh buat, apalah beza orang bodo dan pandai kalau begitu?

Buka peluang belajar seluas-luasnya dan ketatkan syarat ambil degree sesempit-sempitnya. Wajibkan syarat untuk buat degree mesti skor SPM at least 5A, dan benarkan SPM diambil dan diulang kepada semua peringkat umur tak kira 14 mahupun 60 tahun.

Mengiktiraf sekolah persendirian Cina tidak meningkatkan apa-apa. Sistem kuota dan IPTA untuk bumiputra sahaja memastikan tiada bukan bumiputra mendapat tempat di IPTA.

Begitu juga kurang daripada 5% bukan bumi diterima masuk ke jabatan kerajaan menyebabkan mereka tidak lagi menggunakan bahasa kebangsaan selepas sekolah.

40 tahun berlalu, diskriminasi masih menebal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s