Perangai teruk , lemah komunikasi dan minta gaji banyak punca tak dapat kerja

Graduan menganggur, RM500 juta penambahan kos kepada pembayar cukai.

UPDATED @ 15:26:21 2012/09/10 By Md Izwan dan Zurairi AR October 09, 2012
KUALA LUMPUR, Oktober 9 – Etiket kerja yang buruk, kelemahan berkomunikasi dan permintaan gaji yang tidak munasabah antara sebab majikan tidak mengambil mereka bekerja, menurut kaji selidik jobstreet – mendapati RM500 juta yang Najib minta untuk tujuan latihan graduan menganggur ini adalah tidak mencukupi.

Lebih separuh daripada 571 majikan yang mengambil bahagian menyatakan sebab utama mereka menolak ialah kerana kelemahan graduan berkomunikasi, jelasnya dalam bahasa Inggeris, bahasa pengantar dunia bisnis. —TMI

Kepada para graduan menganggur, jika anda lemah dalam english berterima kasihlah kepada tukang ajar anda dan kerjaan BN, jalan keluar anda hanyalah keusahawanan.

Begitu banyak komplein telah diajukan kepada menteri tak guna kita yang sistem pendidikan kita teruk dan mundur. Kurusus di IPT tidak memenuhi kehendak pasaran kerja. Tambahan lagi sejauh mana BM dapat pergi sedangkan dunia bisnis bercakap dalam english dan mandarin. Apa guna banyak IPT yang menghasilkan kurusus senang lulus untuk jual degree jika ia tidak dapat digunakan dalam pasaran kerjaya kelak?

Blog LKS pernah mendedahkan (link), negara kritikal guru-guru SEM (sains, english dan matematik) tapi kerjaan BN asyik hasilkan guru pendidikan Islam dan BM. Kerjaan tidak pernah serius soal pendidikan, sudah berapa lama mereka mencanngkan yang akan mengetatkan permohonan menjadi guru tapi sampai hari ini candidate yang SPM kurang 5A masih diterima, ada yang apply course Math setelah dapat masuk tukar kepada major BM dan tiada tindakan diambil sekarang sudah grad, begitu juga mereka-mereka yang tidak mahu berkhidmat jejak sahaja kaki di tempat berkhidmat dengan segera minta tukar balik bawah ketiak mak atau celah kangkang suami isteri, dan mereka juga tidak diambil tindakan dan masih menikmati elaun dan bonus sampai sekarang. So siapa salah? siapa yang akan anda undi nanti?

Dari pendidikan tinggi ke sekolah rendah, kualiti tukang ajarnya diragui, kalau U tak skor SPM maka minta jadi tukang ajar. Kalau U graduate dan gagal dapat kerja U sambung belajar dan jadi lecturer di mana-mana IPTA, maka perkara ini akan berterusan generasi demi generasi.

Semuanya bermula dengan pendidikan, adakah sistem pendidikan di Malaysia ini bertujuan menghasilkan tenag kerja berkualiti dan modal insan berbakat atau lubuk pekerjaan bagi mereka yang gagal dalam akademik?

Kalau ambil orang yang layak kepandaiannya masuk IPT perkara ini mungkin tidak berlaku. Orang lain belajar di peringkat tinggi hanya 3 ke 4 tahun sahaja, Ini tidak, 2 tahun matrik, 4 tahun degree, 2 tahun lagi kursus SLIM, KPLI Jqaf dan segala macam, campur semua lapan tahun. Berapa duit rakyat rugi, sudahlah PTPTN tak bayar kena bayar elaun pula.

Now when I came to Rantau Abang Beach there just left buckets of plastic bottle, polystyrene and rubbish. Turtle no more want to come at Terengganu. They were tried to find other beaches that may help them to ensure the survival of their descent. -jangan terkejut ini english mahasiswa tau.

Jom ubah untuk dapat kerja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s