Penduduk asal dan gereja mungkin akan memastikan Borneo bukan lagi deposit tetap BN

Penduduk asal dan gereja mungkin akan memastikan Borneo bukan lagi deposit tetap BN

Kristian, kebanyakannya ahli kumpulan pribumi seperti Kadazandusun di Sabah dan kaum Dayak dan Iban di Sarawak, dulu merupakan separuh daripada penduduk Sabah, kini tinggal kurang daripada satu pertiga daripada 3200000 penduduk pulau itu.

KOTA KINABALU, 8 Okt – Suri rumah, Fawziah Abdul ingin mengucapkan terima kasih kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menjadikannya warganegara 10 tahun selepas dia masuk secara haram ke Borneo dari selatan Filipina untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Dia yang kini berusia 50 tahun tinggal di pinggir Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, di pondok berbumbung zink berkongsi dengan lebih daripada 1,000 yang lain di perkampungan setinggan di mana kanak-kanak bermain di sebelah timbunan sampah.

Beliau berharap bahawa tiga anaknya akan mendapat tempat tinggal yang lebih baik dan kad pengenalan jika dia mengundi untuk kerajaan lagi.

Kehadiran besar pendatang Muslim, seperti Fawziah, telah menguatkan dakwaan diskriminasi kerajaan terhadap Kristian yang juga pengundi penting kerajaan.

Dengan pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum penggal berakhir tujuh bulan lagi, 13-parti gabungan Barisan Nasional (BN) mengharap pada Sabah dan Sarawak untuk mengekalkan cengkaman kuasa 55 tahun mereka.

Tetapi sokongan di kedua-dua negeri Borneo, yang menyumbang satu perempat daripada kerusi Parlimen, menunjukkan tanda-tanda beralih arah.

Kehadiran besar pendatang Muslim, seperti Fawziah, telah menguatkan dakwaan diskriminasi kerajaan terhadap Kristian yang juga pengundi penting kerajaan. Fawziah berkata beliau mendapat manfaat daripada pelan rahsia dikhabarkan telah diluluskan oleh Dr Mahathir yang telah membantu melonjak populasi Sabah lima kali ganda sejak tahun 1970-an dan menjadikan ia bank undi untuk parti pemerintah.

“Saya sebahagian daripada Projek Mahathir,” katanya, merujuk kepada pelan itu. “Saya diminta untuk hadir di pejabat dengan dua keping gambar dan sejumlah wang,” tambah Fawziah, yang menunjukkan kad pengenalannya yang menyenaraikan beliau sebagai warganegara Sabah.

Tanpa sokongan di kedua-dua negeri Malaysia timur itu, parti pemerintah sudah pun kehilangan kuasa dalam pilihan raya umum lepas, pada tahun 2008, apabila kebangkitan pembangkang memenangi majoriti undi di Semenanjung Malaysia. Sekarang sokongan yang sama mulai rapuh.

Penduduk Sabah mengadu tentang persaingan pekerjaan dengan pendatang asing dari Filipina dan Indonesia di rantau yang kaya dengan industri minyak dan gas itu, yang hasil minyaknya kebanyakannya disalurkan kepada kerajaan persekutuan manakala satu dalam lima rakyat Borneo memperoleh pendapatan kurang daripada AS $ 1 (RM3.10) sehari .

Kristian, kebanyakannya ahli kumpulan pribumi seperti Kadazandusun di Sabah dan kaum Dayak dan Iban di Sarawak, dulu merupakan separuh daripada penduduk Sabah, kini tinggal kurang daripada satu pertiga daripada 3200000 penduduk pulau itu.

Tetapi mereka masih boleh memberi undi kemenangan kepada pembangkang, yang memenangi majoriti undi di tanah besar Malaysia pada tahun 2008 bagaimanapun hanya mendapat tiga daripada 56 kerusi di Sabah dan Sarawak. —sambung baca di TMI

One thought on “Penduduk asal dan gereja mungkin akan memastikan Borneo bukan lagi deposit tetap BN

  1. Celcom broadband makan kedarah haram,
    servis macam jalang tua!
    anak haram celcom broadband,
    celaka celcom brodband,
    pengarah Islam tapi makan duit haram!
    baik makan babi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s