Kebolehpasaran graduan harus melangkaui sempadan geografi

‘Kebolehpasaran graduan harus melangkaui sempadan geografi’
TMI
Oktober 04, 2012

PUTRAJAYA, 4 Okt – Keboleh-pasaran graduan yang dihasilkan Universiti-Universiti Malaysia harus melangkau sempadan geografi, kata Menteri Pendidikan Tinggi DS Mohamed Khaled Nordin.

“Graduan kita harusnya amat laku di negara-negara Muslim. Ini kerana pasaran kerja hari ini memerlukan mereka-mereka yang berkeupayaan pelbagai menjangkaui sempadan negara,” katanya pada majlis perasmian the Arab-Malaysian Global Higher Education Summit 2012 di sini malam tadi. –TMI

Singapura tidak mengiktiraf degree medic IPT tempatan Malaysia, itu sudah memberitahu standard pendidikan negara di bawah BN, kouta dahulu kepandaian kemudian.

Ini komen angan-angan Mat Jenin daripada menteri kita. Bila graduan kita tidak laku di pasaran kerja negara sendiri hingga kerajaan terpaksa wujudkan jawatan yang tak perlu-perlu (penjawat awam tertinggi di asia pasifik), bagaimana beliau boleh fikir yang mereka akan laku di luar negara? Tidak semua graduan seperti Zang Toi atau Jimmy Choo.

Kebetulan kiter baru baca yang pada tahun 2020, Malaysia akan aktif mengekspot pembantu rumah dan buruh ke luar negara, sekarang masih boleh bertahan dengan jawatan KPLI Jqaf, JTK, Pegawai kontrak dsb.

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2012/07/malaysia-in-year-
2020-satire-or-reality.html

Walaubagaimana pun agak mustahil pembantu rumah dan buruh berijazah kita dapat bersaing dengan pembantu rumah tidak berijazah Filipina di peringkat antarabangsa, kerana mereka lebih ringan tulang dan lancar bertutur dalam bahasa Inggeris, kemungkinan besar tahun 2020 graduan kita masih tidak bekerja.

Reality check, sejauh mana pencapaian Malaysia dalam bidang Inovatif (kemudahan fasiliti, infrstruktur, tenaga pengajar (kritikal), R&D dan budget)? Jika kita masih dibelakang Singapura dan Korea Selatan maka ini cuma cakap-cakap kosong.

Negara memerlukan ratus ribu jurutera untuk mencapai negara maju, hingga kini IPT kita hanya menghasilkan pemegang kertas kosong yang tidak berkelayakan dalam bidang kejuruteraan. Jika kerajaan beri course kejuruteraan dan biasiswa kepada mereka yang pandai dan betul-betul minat menjadi jurutera maka sudah lama negara ini dipenuhi jurutera.

Ini tidak course itu diberi kepada bodo 3A kebawah yang hanya berlagak jadi YDP atau banyak A tetapi pengkhianat yang graduate kerja gomen bukan dalam bidang mereka (ludah ke tanah) atau makan tidur di rumah kerana tidak layak, hanya dapat kertas,

manakala mereka yang pandai dapat 10A tidak diberi course kejuruteraan, memaksa mereka mengambil diluar negara dengan kos yang mahal, bila graduate jangan harap mereka nak kerja di Malaysia.

Diharap Pakatan dapat keluarkan pelan pendidikan dengan kayu ukur yang sesuai demi menuju negara maju dan berpendapatan tinggi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s