Polis minta rasuah dengan DJ

Anggota polis minta rasuah dengan DJ Tyzo Suria FM
Oleh Black Hat – 3 October 20128 comments
SHARE: 206 0 228

PETALING JAYA: Percubaan salah seorang anggota polis trafik yang ingin meminta sogokan daripada Tyzo DJ Suria FM bakal menempa padah apabila penyampai radio itu telah melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tuah Zoqarnain Idris yang lebih dikenali dengan Tyzo berkata, dia melakukan tindakan tersebut semata-mata untuk menyokong usaha pihak PDRM dan kerajaan bagi membanteras kegiatan tersebut khususnya melibatkan anggota unit beruniform.

“Saya telah ditahan oleh salah seorang anggota polis trafik pada Isnin lalu dan dia meminta sogokan sehingga menyebabkan saya terpaksa melaporkan perbuatan buruk itu kepada pihak atasannya agar menjadi pengajaran kepada anggota terbabit serta polis-polis lain.

“Bukan hanya setakat pihak PDRM sahaja, malah saya turut memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka telah memberikan respons terhadap laporan berkenaan,”

katanya kepada wartawan, di sini, Selasa.

Tyzo diminta mengulas luahannya menerusi segmen ‘Citra Muzik Di Suria FM’ (8 malam hingga 11 malam) yang dikendalikannya pada malam Isnin lalu yang antara lain dia turut berkongsi pengalaman apabila seorang anggota polis cuba meminta sogokan ketika menahannya.

Bercerita mengenai kejadian itu Tyzo berkata, ia berlaku ketika dia dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah mesyuarat dan ditahan dalam satu sekatan jalan raya di sekitar Jalan Sunway dekat sini, kira-kura pada pukul 12 tengah hari pada Isnin lalu.

Tyzo berkata dia ditahan kerana kesalahannya memandu kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan anggota polis berkenaan memberi pilihan sama ada untuk menyelesaikan kes tersebut dengan memberi sogokan ataupun mengeluarkan saman.

Katanya, selepas memohon maaf kerana kesalahan itu, anggota polis tersebut tetap menyuruhnya membuat pilihan yang ditawarkan anggota polis terbabit, sehinggalah Tyzo terpaksa memberitahu dia adalah petugas media dan akan melaporkan perbuatan itu kepada pihak atasan PDRM.

“Mungkin kerana polis itu terkejut dengan penjelasan berkenaan, anggota tersebut melepaskan saya dengan meninggalkan saya begitu sahaja, namun saya sempat mencatat nama dan nombor badannya,”

jelas Tyzo. –MStar

Tahniah!

Kita semua harus mengambil sikap yang sama kepada perasuah.

Salah seorang pekerja kiter pernah menghadapi perasuah di pintu masuk KLIA, satu hari dia pergi ke sana mengambil pekerja asing, dia telah menggunakan passport pekerja asing itu untuk membeli rokok tanpa cukai di KLIA.

Sampai di pintu keluar dia telah ditahan oleh pegawai kastam muda (berbaju hijau)  di situ, pegawai itu meminta 50 ringgit katanya membeli rokok menggunakan pasport orang lain adalah dilarang dalam kitab bapa dia.

Nasib pekerja kiter ini bijak, beliau berkeras tidak mahu bagi, lalu seperti kisah pihak berkuasa minta rasuah lain, bila tak berjaya, dia mulai buat koner baring menasihati pekerja kiter kononnya ada undang-undang cakap tak boleh, kemudian atas belas ihsan die kononnye die lepaskan pekerja kiter.

Tapi hakikatnya kiter tahu, pegawai ini perasuah! Yang silapnya pekerja kiter ini tidak membuat laporan hanya mengadu kepada kiter.

Laporkan rasuah dan hebahkan kepada media, kadang-kadang laporkan tidak cukup kerana mereka hanya diberi amaran oleh ketua mereka, kita mesti buat mereka dipecat daripada perkhidmatan awam, dilucutkan daripada segala keistimewaan yang ada, gaji tetap, elaun, bonus dan pinjaman perumahan, biar mereka merempat selepas itu.

Rasuah adalah haram di dalam Islam.

One thought on “Polis minta rasuah dengan DJ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s