Lepas dapat bonus 1.5 bulan gaji, minta dikecualikan cukai pula

CUEPACS minta bonus dikecualikan cukai
TMI
Okt 01, 2012

KUALA LUMPUR, Okt 1 – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini memohon kerajaan mempertimbangkan supaya pembayaran bonus satu bulan gaji kepada penjawat awam dikecualikan cukai pendapatan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penjawat awam menghargai persetujuan kerajaan memberi bonus 1.5 bulan gaji, bonus terbaik pernah diberi setakat ini.TMI

Ini ialah satu sebab utama kenapa kerajaan BN harus ditendang keluar!

Tiada siapa harus dikecualikan daripada membayar cukai, walaupun mereka penjawat awam, hinggakan kakitangan LHDN terpaksa membayar cukai.

Permintaan mereka makin hari makin melampau! mereka telah diberi bonus 1.5 bulan gaji dan kebanyakannya telah pun dikecualikan cukai kecuali mereka yang berjawatan tinggi.

Dengan gaji, elaun dan bonus yang lumayan adakah mereka tidak mampu membayara cukai?

Apabila ditawarkan rumah murah, bukankah sepatutnya mereka harus menyimpan untuk downpayment seperti rakyat lain daripada minta loan 100%? Dah tu minta rumah siap dahulu lepas itu baru bayar, ini sama seperti tidak membayar apa-apa untuk memiliki rumah.

Tiada kerja keras dan peningkatan daripada sebelah mereka manakala sektor swasta terus menerus bekerja keras untuk maju dan membayar cukai untuk support manja-manja ini.

Sedangkan bayi pun belajar makan sendiri, kenapa tidak penjawat awam di Malaysia diajar buat benda yang sama? Menjawat jawatan awam tidak bermaksud anda lumpuh seluruh badan dan sentiasa menunggu bantuan demi bantuan, sila belajar, grow up dan berdikari!

Sekarang mereka minta pula kakitangan kontrak diserapkan ke jawatan tetap, jumlah yang tetap sekarang pun sudah 1.4 juta, yang tertinggi di asia pasifik dengan kualiti kerja lansung tidak mengambarkan jumlah mereka yang tinggi itu, bila diserap lagi kekaitangan kontrak maka bertambah lagi kos kerajaan untuk gaji elaun bonus pinjaman perumahan dll maka mungkin harga gula akan naik lagi untuk support perbelanjaan mereka ini.

Untuk sekali sila kemukan cadangan bagaimana mahu tingkatkan produktiviti dan prestasi penjawat awam seiring dengan permintaan untuk naik gaji, elaun, bonus dan imbuhan lain.

Di sektor swasta, bonus diberi berdasarkan prestasi, produktiviti, untung dan keadaan ekonomi, kerajaan sedang menghadapi budget yang defisit.

Bagaimana?

Di sektor swasta, bonus diberi jika kakitangan memberikan yang terbaik lebih daripada standard piagam pelanggan.

Apakah servis penjawat awam setakat ini memuaskan hati pelanggan secara umum?

Komplein datang daripada setiap sektor- pendidikan, keselamatan dan bagi yang terlibat dengan perkhidmatan kaunter bermacam-macam komplein sudah keluar cuma tindakan sahaja belum diambil.

Dan sekarang mereka mahu bonus mereka dikecualikan cukai pula?

Ada yang datang lepak sahaja setiap hari, ada yang datang tandatangan sahaja kemudian hilang urus perniagaan dan ada yang bawa anak ketempat kerja ganggu kerja tengah kosentret buat kerja anak nak makan, anak nak kencing anak tidur!

Sila cermin diri anda setiap hari dan tanya diri sendiri berdasarkan kuantiti dan kualiti kerja yang anda lakukan adakah anda layak untuk semua ini?

Undilah pakatan untuk perkhidmatan awam lebih baik untuk rakyat.

3 thoughts on “Lepas dapat bonus 1.5 bulan gaji, minta dikecualikan cukai pula

  1. Rakyat luar datang Mesia buat duit dapat macam2 insentif. Apa salahnya diberikan untuk rakyat Malaysia juga. Kaki lepak, buang masa dan datang kerja main2 tu biasanya org. kuat politik BN. Kerja mereka pun orang lain selesaikan.

  2. emm hairan,

    anda menetang BN kerana apa, dalam masa yang sama anda menyokong korupsi (menyokong pencuri duit rakyat aka pencuri tulang), tak takut dosa subahat ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s