Untung banyak bayar gaji pekerja ciput

Kementerian keewangan akan mengkaji kenapa syarikat Malaysia bayar kurang daripada syarikat Singapura

By Lee Wei Lian October 01, 2012

KUALA LUMPUR, Oct 1 – Putrajaya sedang mengkaji kenapa syarikat Malaysia bayar gaji kurang daripada syarikat Singapura justeru menyumbang kepada modal insan memilih untuk keluar bekerja di sana.

Ketua setiausaha kementerian keewangan, Datuk Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata perkara ini telah dibincangkan oleh kerajaan pagi ini, walaupun syarikat Malaysia buat untung setanding malahan lebih daripada syarikat Singapura tetapi membayar gaji yang sedikit.

Irwan menyatakan syarikat telekomunikasi (telcos) antara syarikat yang untung banyak tetapi bayar gaji sedikit.

“Kami perlu berunding dengan telcos, kamu selalu untung, kenapa bayar gaji sedikit?” kata beliau dalam satu dialog berkaitan budget 2013.

Irwan menambah yang isntitusi perbankan juga sama.

“ramai akauntan kita memilih bekerja di Singapura,” katanya. Pakar bedah, kebanyakannya dari malaysia juga bergaji tinggi di sana.

Penjual durian juga lebih suka menjual kepada Singapura kerana mereka dibayar lebih di sana.

Antara sebabnya perbezaan gaji ini ialah nilai ringgit berbanding dollar Singapura. Kini satu ringgit hanya bernilai 40 sen Singapura.TMI

Datuk, sebelum bercakap untuk mengkaji bab yang lebih tinggi cuba lihat bab basic terlebih dahulu iaitu pendidikan.

Singapura memelihara modal insan mereka sejak tingkatan lima. Top scorer senitiasa dijanjikan tempat di Universiti dengan biasiswa sebagai motivasi untuk mereka terus maju dan memberi yang terbaik kepada negara itu.

Di Malaysia, kuota didahulukan kepandaian kemudian, 3A ciput boleh mendapat tempat di Universiti dan IPT lain berbanding 10A?! U pergilah tanya mereka yang berlambak di IPT tu berapa orang berani dedahkan jumlah A mereka, 90% hanya berani jawab, “biasa-biasa” atau “rezeki”.

Graduate kejuteraan komputer pun masih tidak bekerja, duduk di rumah hanya mampu buat tutorial bagaimana nak tukar header blog, di luar negara benda ini permainan budak sekolah menengah tak perlu pun sampai degree, menyedihkan.

Begitu juga mereka yang sudah graduate dalam bidang yang hebat-hebat kejuruteraan, sains, lawyer tapi tidak layak pun bekerja dalam bidang mereka kerana apa?! mereka dapat bidang itu dulu kerana kuota bukan kerana kepandaian.

Akhirnya, manusia berbakat dan pandai meninggalkan negara ini pergi Singapura, Australia, cannada dan US memajukan negara tersebut, yang tinggal di Malaysia ialah tenaga kerja yang bukan sahaja tak bayar hutang malahan terus menerus mahu disusui, jika tak diberi kerja maka akan tidur baring mengumpat tidur baring mengumpat sampai tua di rumah, bila diberi kerja dan segala kemudahan masih tak cukup, komplein, komplein dan komplein lagi.

2 thoughts on “Untung banyak bayar gaji pekerja ciput

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s