PA dapat bonus 1.5 bulan gaji, rakyat dapat harga gula naik 20 sen

Anak emas kerajaan dapat bonus 1.5 bulan gaji, manakala rakyat marhaen dapat kenaikan harga gula 20 sen mulai esok. Memandangkan kite semua kaya-kaya dan tidak menyumbang untuk kemajuan negara maka kita di anak tiri.

Alangkah baiknya pembayaran bonus yang melibatkan 3 billion itu diberi dalam bentuk subsidi gula, mungkin harga gula boleh dimaintain untuk setahun lagi.

Di sektor swasta, jika syarikat itu tidak untung banyak atau rugi maka pada tahun itu tidak ada BONUS, tidak ada INSENTIF, dan perbelanjaan DIKURANGKAN. Tapi BN di waktu menghadapi kerugian RM50bilion setahun dan akan menjadi RM500billion akhir tahun ini masih mampu beri 1.5 bulan gaji bonus?!

Seperti yang TDM cakap semua gula-gula ini terutama kepada penjawat awam menjurus kepada cubaan beli undi.

Tindakan ini, menyebabkan PR kelak ditinggalkan dengan budaya PA yang susah mahu diperbetul, malas, manja, kuat komplein- kerja malas tapi suka meminta-minta.

Kebanyakan penjawat awam ini merasa mereka berhak terima pemberian ini, tapi daripada pengalaman dan feedback kita semua tahu dengan cara mereka bekerja 90% daripada PA tidak layak untuk bonus ini.

Anda tentu tahu ada jawatan yang diwujudkan hanya datang melepak dalam lab main komputer dari jam 8 ke jam 4, 5 hari seminggu, ada jawatan kerja dua kali setahun, ada jabatan kecil sampai 3 orang kerani, kerja kurang kakitangan banyak maka masa dihabiskan dengan menonton telenovela atau main internet.

Hakikatnya penjawat awam di Malaysia adalah yang paling tidak produktif dan lembap dalam tenaga kerja di Malaysia.

Sikap paling ketara ialah berkira kerja, ini bukan bidang aku itu bukan bidang aku, mereka lebih rela duduk bertapa dalam lab sampai kematu jubo dan merah mata mengadap komputer atau dalam stor tidur daripada aktif membantu jabatan yang mereka anggotai hanya keranatakut nanti disuruh-suruh lagi, makan haram.

Kiter boleh katakan yang saguhati kepada penjawat awam ini adalah yang paling dijangka dan langkah tidak popular dari sudut pandangan pembayar cukai.

Satu lagi point ialah bagaimana kerajaan mahu bina 123, 000 unit rumah mampu milik dengan purata RM15,477.

Belanja, belanja, belanja, duit di mana-mana, hulur 3 billion, di mana dapat 3 billion? Pinjam, pinjam, pinjam, aiyoh bankrap lah.

1Malaysia, PA didahulukan, Pencapaian mereka macam haram.

2 thoughts on “PA dapat bonus 1.5 bulan gaji, rakyat dapat harga gula naik 20 sen

  1. yang tak boleh tahan ialah 1.4 juta dapat habuan 1.5 bulan gaji. 28 juta bakal alami kenaikan harga barang. sebab diorang nak cover bayaran kpd PA. Soalnya bukan setakat cover(break even) tapi siap untung berpuluh kali ganda. seperti kata org bagi sekupang tarik 1 billion. wakaka! Tunggu saja harga minyak naik lagi dalam waktu terdekat. dlm 3-4 bulan ni.

  2. % BONUS TERtinggi, % PA TERbanyak, % kADAR hutang TERkumpul TERpantas…. lama lama jadi maCam greece! WAKTU itu apa nak buat? lainlah kroni harta bak sampai kiamat pun tak habis….. kata manis dan bongkak waktu pengambilan alihan syarikat gula, tapi rupanya seperti bikin wayang untuk orang buta… kata ekonomi bagus tapi harga gula naik macamlah gula dari gajus, harga barang naik… hutang negara pun naik! hutang rakyat pada bank pun naik! bank pun berhutang juga dengan pengguna… kah kah kah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s