40,000 siswazah IPT seluruh negara masih mencari pekerjaan

40,000 siswazah IPT seluruh negara masih mencari pekerjaan

September 22, 2012
KUALA LUMPUR, 22 Sept — Seramai 40,000 siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara masih mencari pekerjaan berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi KPT.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Omar Abd Rahman berkata angka itu melibatkan siswazah yang gagal mendapat pekerjaan tetap meskipun selepas enam bulan tamat pengajian. –TMI

Masalah

Respon kerajaan terhadap isu ini selalunya ialah mahasiswa memilih pekerjaan.

Memanglah, mereka ada degree, diploma dan sijil takkan nak kerja bidang SPM pula, tambahan pula sekarang semua orang boleh beli degree tanpa mengira kepandaian.

Maka berlakulah lambakan pemegang degree, diploma dan sijil.

Berbeza dengan mahasiswa yang dapat ilmu di IPT mereka laku disektor swasta dan mampu berdikari, kalau bukan di sini di luar, sebaliknya bagi mahasiswa yang hanya dapat kertas, mereka tidak laku disektor swasta, jauh sekali mahu berdikari maka jalan keluar bagi mereka, kerja gomen.

Masalah berlaku bila berlaku lambakan pemegang degree dan kurangnya pekerjaan dalam gomen untuk menampung mahasiswa looser ini.

Langkah penyelesaian

Pertama, kontrol pengeluaran degree, langkah ini bagus kerana dalam masa yang sama kualiti degree juga terjaga. Cadangan, SPM >5A buat degree dan guru, <4A diploma, <3A sijil, 0A = buruh (sektor ladang, kilang, pembinaan dll) dan pembantu rumah (kita amat kekurangan sekarang). *> lebih daripada, < kurang daripada.

Langkah ini tidak akan menghalang orang ramai memajukan diri, buka peluang ambil degree kepada sesiapa sahaja jika budak 14 tahun skor SPM benarkan dia buat degree, begitu juga jika orang tua umur 60,

cuma wajibkan mengambil SPM dan skor 5A ke atas, jika gagal benarkan ulangan, begitulah seterusnya, maka pemegang degree adalah terhad seiring dengan jawatan dalam gomen yang terhad dan paling penting kualiti degree tidak dicemari oleh tangan orang-orang yang tak skor SPM.

Ini tidak, degree main bagi-bagi je, semua orang boleh buat tanpa kawalan,
kerani yang buat degree akan komplein bila jawatan pegawai ditawarkan kepada fresh graduate kerana kerani ini graduate PJJ universiti mana tah, dapat 1A boleh jadi YDP Poli, apa lah ertinya begitu boleh berlagak saja.

Kedua, hadkan tempoh perkhidmatan kepada 30 tahun sahaja, jika seseorang itu mula berkhidmat pada usia 18 maka beliau akan bersara pada usia 48 begitu pula bagi yang mula pada usia 30 akan berhenti pada usia 60 tahun, cukup untuk mengumpul pengalaman dan kekayaan untuk membuka perniagaan sendiri dan paling penting membuka peluang kepada fresh graduate untuk menyertai perkhidmatan awam. Ini tidak usia dah layak pencen, boleh pula sambung kontrak lagi tak ingat nak beribadat ke?

Ketiga, hapuskan kronisme dan neopotisme, seorang kaki tangan kerajaan negeri terengganu yang sedang buat master di UK ayahnye juge kakitangan kerajaan negeri itu, datuknya tak tahulah, siap perli org lain kerja bukan bidang yang dia waris jawatan dari bapa die tak sedar diri. Seorang graduate Unitep guna kawannya yang kahwin dengan anak penolong pengarah pendidikan untuk masuk KPLI kini berkhidmat di Johor kemudian N9. Kabel dan waris adalah tidak adil, tidak adil adalah zalim, zalim adalah haram!

Keempat, wujudkan exit policy (pintu keluar) dalam jawatan kerajaan, bayangkan anda ada sebuah kedai dan menggaji beberapa orang pekerja, malangnya perniagaan anda sering menerima kritikan tidak puas hati kerana produk dan servis yang tidak berkualiti,

setelah disiasat ada antara pekerja anda yang suka buat masalah, suka curi tulang, buat bisnis luar, berkira kerja, famili first dan banyak lagi paling sadis yang bawa masalah ini paling banyak meminta itu ini daripada anda, apakah tindakan anda?

Ya, gantikan pekerja tersebut dengan pekerja baru (fresh graduate), kenapa simpan pekerja yang tidak ada fungsi dan tidak berfungsi dalam bisnis anda?

Kesimpulannya, bila bodo buat kerja bodo sesuai dengan taraf inteleknya dan pandai buat kerja pandai maka takkan ada masalah seperti penguasaan bahasa Inggeris dikalangan murid-murid dan remaja bermasalah akhlak seperti sekarang dan jangan guna pendidikan untuk pancing undi maka tiada masalah akan berlaku.

2 thoughts on “40,000 siswazah IPT seluruh negara masih mencari pekerjaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s