CUEPACS nak kerja lebih masa 30 minit kakakakakaka

6 tuntutan baru Cuepacs

  1. menuntut kerajaan agar memastikan pemaju bandar menyediakan kuota sebanyak 35 peratus untuk rumah mampu milik yang berharga RM150,000 untuk penjawat awam.
  2. Pemberian bonus dua bulan gaji.
  3. Menyambung kontrak lebih 45,000 kakitangan awam yang akan tamat pada 31 Disember ini.
  4. Mengkaji semula imbuhan tetap perumahan. Cuepacs juga menggesa kerajaan agar mengkaji imbuhan tetap perumahan serta inisiatif kakitangan awam di Sabah dan Sarawak yang disifatkan sudah tidak relevan.
  5. Mewujudkan semula Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat Persekutuan.
  6. Penambahbaikan sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) baru-baru ini.

Bila ditanya tentang penjawat awam harus memberikan yang terbaik selepas semua tuntutan diberikan, Osman berkata, ahli majlis tertinggi mencadangkan supaya pekerja bekerja setengah jam lebih setiap hari untuk meningkatkan produktiviti.

“Bayangkan jika kerajaan menerima tambahan setengah jam untuk 1.4 juta pekerja awam, jika dilihat dari segi kos, mereka dapat lebih dari apa yang kami dapat. –TMI 

Betul tu, penjawat awam harus dapat rumah banglo murah, pendidikan percuma, degree tanpa periksaan kelayakan, duit percuma, petrol percuma… apa lagi ya?

kerajaan ameno memang ditubuhkan untuk melayan kehendak penjawat awam sahaja.

Adakah mereka ingat negara ini didiami penjawat awam sahaja? Penjawat awam hanya 5% daripada populasi negara ini.

Isu kenaikan harga menjejaskan SEMUA rakyat Malaysia BUKAN penjawat awam sahaja. Kenaikan kos baru-baru ini sudah membebankan 95% pembayar cukai yang terpaksa menanggung penjawat awam ini.

Lebih baik kerajaan beri untuk semua dalam bentuk subsidi yang dapat dinikmati semua bukan penjawat awam sahaja.

Tidak cukupkah lagi dengan kuota, diskriminasi, double standard dan pilih kasih, sekarang mereka mahu menjarakkan lagi jurang antara penjawat awam dan pekerja swasta? Pe4nduduk negara ini terbagi kepada beberapa pecahan, bumi putra, bukan bumi putra, penjawat awam dan bukan penjawat awam, penjawat awam ialah manusia pilihan kerajaan ameno.

Apa yang buat mereka rasa mereka layak menerima rumah murah atas titik peluh pembayar cukai lain? tahukah mereka untuk cover diskaun yang mereka terima pemaju naikkan harga untuk orang lain.

Mahu pekerja kontrak lagi?! Negara ini tidak perlu penjawat awam tetap SETINGGI 1.4 juta (1.4 juta PA untuk hanya 26 juta rakyat) yang hanya tahu minta itu ini bukannya rajin kerja dan dah la lembab. Indonesia negar miskin hanya memerlukan 3.9 juta PA untuk 220 juta rakyat!, jepun negara kaya hanya perlu 4 juta untuk 126 juta rakyatnya!

Sesiapa harus ingatkan mereka yang kita pembayar cukai akan hidup lebih aman tanpa SEPARUH daripada mereka.

Jumlah mereka yang begitu ramai itu hanya untuk memberi undi kepada regim korup ameno, itu sahaja.

Tambahan masa 30 min lansung tidak akan memberi kesan kepada produktiviti dan prestasi penjawat awam, kerana masa 8 jam sekarang pun tidak sepenuhnya digunakan untuk tujuan kerja, tanyala PA jujur kalau tak caya!

kebanyakannya dihabiskan dengan berkira kerja (ini bukan bidang aku itu bukan bidang aku, aku datang lepak dalam lab main komputer sambil tunggu gaji), bisnis luar (pagi datang lewat, lepas lunch tak pernah ada, urus restoren), famili first (bawa anak ke tempat kerja selama bertahun ganggu konsentrasi, sbb anak tak suka penjaga baru ini, keluar awal ambil anak, datang lewat urus anak, minta tukar dll), buang masa (tidur di stor sebab tak ada kerja dlm bidangnya, lepak kantin sembang pasal politik, berkumpul mengumpat atau berbincang pasal tudung) dan macam-macam lagi.

CUEPACS tidak seharusnya hanya tahu meminta TETAPI tolonglah tingkatkan produktiviti dan prestasi.

Ini terpaksa ulang alik ke jabatan kerajaan kerana hari pertama printer rosak, hari kedua off line, hari ketiga pegawai tak ada hmfffp.

Lantik satu konsultan bebas untuk mengukur produktiviti dan prestasi mereka. Kalau tidak pembayar cukai akan bankrap memenuhi tuntutan melampau mereka yang juga adalah yang TERAMAI di dunia!

Semua pembayar cukai dan pekerja swasta undilah pakatan demi perubahan menyeluruh.

4 thoughts on “CUEPACS nak kerja lebih masa 30 minit kakakakakaka

  1. Aku ni PA tapi aku sokong ulasan penulis. Bagi yg tekun bekerja tkpe la tapi bagi yg buat keje gomen mcm bapak dia punya aku ckup menyampah. Duk luar isap rokok, lepak berjam2 ada hati nk tambah 30 minit lagi.. :-p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s