Pemerhati Ragui Kesedian Pakatan Untuk Memerintah

Pemerhati ragu Pakatan bersedia untuk memerintah

Oleh Ida Lim September 18, 2012

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Pemerhati politik meragui kesediaan Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah Malaysia jika gabungan itu berjaya merampas Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, terdapat isu-isu yang masih tidak dapat diselesaikan dan menggugat peluang mereka.

Peguam Andrew Khoo menegaskan bahawa PR masih belum tampil dengan “kabinet bayangan” atau kerajaan menunggu, ini akan “menyekat kredibiliti mereka”.

“Walaupun mereka mempunyai dasar bersama dalam Buku jingga… ketidakupayaan atau keengganan PR untuk membentuk kabinet bayangan… bermakna mereka tidak dapat menyuarakan apa bentuk polisi mereka,” katanya malam tadi.–TMI

Pakatan juga tidak ada kabinet bayangan sebelum tawan Penang, tetapi lihat sahaja bagaimana cemerlangnya Penang ditadbir sekarang.

Jika BN terus memerintah, inilah akibatnya;

1. Negara akan bankrap.

2. Campurtangan ke atas sitem kehakiman, polis, MACC, kerajaan negeri, SPR, pendidikan dsb.

3. Rasisme akan berterusan.

4. Jurang antara agama akan lebih luas.

Apa yang lebih teruk daripada di atas?

Salah satu sebab kenapa Pakatan belum mempunyai kabinet bayangan ialah adanya orang tidak tetap pendirian dalam Pakatan, mula-mula tak nak, kemudian nak, kemudian tak nak, kemudian nak pula contohnya isu hudud dan juga konflik ideologi. DSAI akan jadi PM, tetapi siapa timbalan PM, menteri keewangan, men pendidikan dan menteri pertahanan?

Bahayanya untuk mendedahkan kabinet bayangan pakatan ialah ia akan menjadi tekanan dalaman antara parti-parti terlibat, perbalahan mungkin berlaku bila ada dua parti mahu portfolio yang sama, contohnya pendidikan, jika ia dapat kepada DAP ameno akan buat isu, jika dapat kepada PAS MCA akan buat isu. Perbalahan dalaman sangat tidak bagus untuk menghadapi PRU nanti.

Tanda pakatan tidak mampu menyelesaikan konflik ideologi ini ialah ketidak mampuan untuk menonjolkan kebersamaan dalam perkara basic seperti menghasilkan satu logo bersama, ini amat dikesali.

Pakatan mesti mengambil serius hal ini, jika kita tidak selesaikan perkara ini sekarang, kita mungkin belum apa apa akan bercerai berai bila berjaya tawan putrajaya nanti. Pada waktu itu kerugian sebenar bukan pakatan atau BN tetapi Malaysia sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s