Dua permintaan popular yang tidak dipedulikan dalam Pelan Tindakan Pendidikan kebangsaan 2013-2025

Dua permintaan popular yang tidak dipedulikan dalam Pelan Tindakan Pendidikan kebangsaan 2013-2025 – Toh Boo Huat

YB Nurul Izzah turut hadir pembentangan

Sept 17- Penulis menyatakan dua permintaan itu iaitu kembalikan PPSMI dan menteri pendidikan bukan dari ahli politik tidak dipedulikan kerajaan.

Rakyat mahu matematik dan sains diajarkan kepada anak-anak mereka dalam ‘lingua franca’nya iaitu english.

Hujahnya, anak orang kaya dan pelajar tajaan mara dapat menikmati pendidikan dalam english ini di sekolah swasta dan sekolah khas, manakala anak orang biasa ditidakkan hak mereka untuk peluang yang sama.

Subjek kesusteraan english yang hendak diperkenalkan adalah tidak perlu, negara perlukan ahli sains dan jurutera yang banyak untuk menuju negara maju bukan ahli sastera bahasa Inggeris.

Jika guru tidak mampu laksana PPSMI, takkan dia mampu ajar kesusteraan inggeris yang lebih susah? —baca selanjutnya di TMI juga disiarkan di blog tuan LKS dan blog 1christian.

Jika anda tanya ibubapa yang bekerja di sektor swasta mereka akan beritahu anda betapa pentingnya bahasa Inggeris, kerja kerani pun kena speaking, dari bank sampai ke kilang di KL, supervisor ke atas semuanya kena speaking, tak percaya cuba tanya kawan-kawan anda di sektor swasta.

Kenaikkan pangkat dan jaminan untuk terus bekerja semuanya bergantung kepada komunikasi anda, jika anda tidak pandai berbahsa inggeris akan menjadi ‘mangsa’ dalam politik pejabat, cantas mencantas. kenaikan pangkat, pemberian bonus, kenaikkan gaji di sektor swasta adalah bergantung kepada performance, produktif dan pandai main politik pejabat.

Tidak seperti dalam gomen, naik pangkat dan khidmat cemerlang berdasarkan senioriti, pernah diceritakan orang yang datang tidur hari2 pun boleh dapat APC kerana semata-mata sudah lama berkhidmat. Tiap kali raya mahu bonus tidak kira cuaca ekonomi, tiap kali budget minta lagi bonus, kenaikkan elaun dan gaji, ada peperiksaan PTK minta hapuskan, boleh kowtim untuk lulus degree. Bila kerja ada yang curi tulang, famili first, bisnis luar, korup, buatlah masalah apa pun tidak akan dibuang. Sebab itu anda fikir bahasa Inggeris tidak perlu sebab anda tidak tahu erti kerja sebenar.

Di luar sana (sektor swasta) jika anda tidak tahu berbahsa Inggeris anda hanya layak kerja dalam line, siapa mahu?, baik jadi promorter supermarket dapat juga komisyen. Anda fikir ameno mampukah wujudkan jawatan kerajaan untuk semua? kalau mampu pun untuk orang Melayu dan bumiputra sahaja, anak orang lain macam mana? Sekarang pun berapa ramai mahasiswa kuota memanggur tak laku disektor swasta. Sedangkan berpuluh ribu lagi sedang menunggu untuk graduate setiap tahun.

Alasan murid luar bandar susah menguasai melalui PPSMI adalah alasan lemah, adakah ALLAH SWT menjadikan murid luar bandar separuh otak? lihat sahaja masa, masa di bandar sehari 24jam, masa di luar bandar pun sehari 24 jam, ALLAH maha adil. Murid adalah kertas putih yang mampu belajar apa sahaja, murid tidak seharusnya dijadikan alasan! Jika dihantar orang yang layak mengajar dan memang minat berkhidmat kepada masyrakat maka tiada masalah minta tukar balik bawah ketiak mak atau celah kangkang suami isteri, ini tidak mereka memang tiada minat untuk berkhidmat, mereka hanya mahu duit gaji dan elaun, itu sahaja. Yang buat rakyat panas ialah ameno, kenapa tidak dipecat sahaja tukang ajar begini, kenapa perlu disimpan?

Jangan berjudi dengan masa depan anak-anak kami, kembalikan PPSMI, buang tukang ajar yang akademik hancur, bidang pendidikan adalah bidang akademik, orang akademik hancur tidak harus terlibat sama sekali, bagaimanakah mereka mahu jadi contoh tauladan kepada murid jika mereka sendiri UPSR pun tak mampu dapat semua A? SPM cabuk standard Malaysia pun hanya dapat 3A dan ada yang tak ada A juga!!!

Kalu u orang nak marah, marahlah, kiter cakap betul. Jom Ubah, undilah Pakatan Rakyat PRU13 nanti.

2 thoughts on “Dua permintaan popular yang tidak dipedulikan dalam Pelan Tindakan Pendidikan kebangsaan 2013-2025

  1. permintaan kembalikan PPSMI tidak dilayan sbb guru kat malaysia ni tak layak mengajar dlm bahasa ingeris..gagal sbb masa ppsmi dulu pon dia org bantai ajo dlm BM..serious entah apa quality guru2 yg ada pat malaysia ni…..

    • sistem pendidikan Malaysia bukan bertujuan menghasilkan tenaga kerja dan modal insan TETAPI lubuk pekerjaan untuk orang gagal dalam pelajaran.

      The perception students have of the teaching profession is this: If you are not qualified for anything else, apply to be a teacher.–blog LIM KIT SIANG

      Tidak perlu pandangan pakar untuk beritahu, logikkah orang yang dia sendiri SPM dapat serendah 3A, tak skor UPSR bodo, nak mengajar budak2 skor UPSR & SPM???

      Minat sahaja tidak mencukupi tanpa kelayakan, seperti dalam audition realiti TV jika anda minat menyanyi tapi tidak ada suara maka anda tidak layak jadi penyanyi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s