Objektif PPSMI ialah menguasai sains dan matematik bukan komunikasi bahasa Inggeris

Objektif PPSMI ialah menguasai sains dan matematik bukan komunikasi bahasa Inggeris

Oleh Noor Azimah Abdul Rahim, Pengerusi PAGE | September 10, 2012
The Malaysian Insider

Objektif PPSMI adalah untuk menguasai sains dan matematik dan bukan untuk belajar bahasa Inggeris. TPM nampaknya gagal untuk memahami perbezaan ini.

Sept 10 – Kita mengikuti dengan penuh minat temubual TPM dengan NST Ahad “Meningkatkan kualiti dalam semua bidang pendidikan” (9 Sep 2012) secara terperinci respon yang diberi kepada persoalan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Nampaknya TPM lebih takut kementerian beliau dilihat sebagai flip-flopping dalam membuat dasar daripada kesannya terhadap anak-anak kita dan masa depan mereka.

Walaupun PAGE mempunyai wakil dalam kebanyakan sesi dialog peringkat negeri terdapat lebih banyak penyokong dasar itu yang mahu ia diterusdkan sebagai satu pilihan, jumlah yang tepat 250, 000 atas talian.

Tiada keraguan penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting, pembelajaran ilmu sains dan matematik, dalam lingua francanya iaitu Bahasa Inggeris, bahasa kedua kita, harus dipergunakan bukan ditolak tepi, satu strategi pengurusan asas.

Dengan memansuhkan dasar itu, TPM menghalang ramai anak-anak kita daripada belajar ilmu dalam bahasa yang mereka paling selesa, idea yang UNESCO sarankan.

Objektif PPSMI adalah untuk menguasai sains dan matematik dan bukan untuk belajar bahasa Inggeris. TPM nampaknya gagal untuk memahami perbezaan ini.

Bila mengabaikan PPSMI dalam rangka tindakan, TPM telah gagal untuk mempunyai dasar sains yang betul untuk menghalang kekurangan minat dalam sains. Kerajaan telah memberi amaran bahawa daripada 28 peratus pelajar yang meneruskan ke pendidikan tinggi, hanya 17 peratus daripada pelajar-pelajar mengikuti aliran sains, dan gagal.

Jika kaedah penyampaian yang menggagalkan polisi tersebut, maka kita perlu bertanya mengapa ia gagal dan bagaimana ia boleh diperbetulkan dan diperbaiki. Jawapannya bukan dengan menghapuskannya lebih-lebih lagi selepas RM5 bilion telah dibelanjakan.

Kerajaan di bawah Perdana Menteri (PM) mahu membawa negara ke hadapan melalui 1Malaysia, sains, teknologi dan inovasi tetapi dasar TPM (khususnya pemansuhan PPSMI) menarik negara ke belakang dalam menguasai pengetahuan dan dalam memupuk perpaduan kaum yang sangat penting bagi kejayaan berterusan negara kita. —blog tuan LKS

Ramai orang bodoh menyangka PPSMI ini bertujuan untuk memperkasakan penguasaan dalam komunikasi bahasa Inggeris.

Sebenarnya kepercayaan itu silap.

PPSMI sebenarnya bertujuan menguasai sains dan matematik hingga ke dasarnya.

Pada zaman ini ilmu sains dan matematik dikuasai oleh orang yang bertutur dalam bahasa Inggeris dari negara-negara barat.

kalau dahulu orang kristian barat boleh merendah diri belajar bahasa arab demi belajar sains dan matematik yang dikuasi orang Islam kenapa orang Malaysia begitu besar kepala?

Jangan dibandingkan dengan Jepun, Korea dan China yang menguasai sains dan matematik dalam bahasanya sendiri kerana mereka rajin berfikir dan rajin bekerja.

Mereka hasilkan penemuan dan ilmu mereka sendiri justeru bolehlah ditulis dan dinamakan dalam bahasa mereka seperti daihatsu, toshiba, mitsubishi, 5s, haiku, karate, tae kwan do, kung fu, tai chi, feng shui dan lain-lain yang kini diikuti dan dibangga-banggakan barat.

Ini kerja malas, berfikir pun malas, asyik nak minta bonus, cuti elaun, bonus, cuti elaun, hidup untuk komplein, ada hati nak bandingkan dengan Jepun, Korea mahupun China.

Kerja berbangga dengan kertas kosong konon ada degree dalam engine, law, sains, akaun tetapi hakikatnya tidak mampu pun jadi engineer, lawyer, akauntan, ahli sains, ahli kelentong banyak!

“Walaupun aku kerja PT ni aku dulu engineer minyak la wei”

Ye ko hanya ade kertas dalam engineer minyakkan TAPI ko sebenarnya engineer minyak urut je kan kan ikikiki..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s