Guru akan dijadikan profesion berprestij, Akhirnya

Guru akan dijadikan profesion berprestij
Bernama
11 September 2012
KUALA LUMPUR – Guru akan dijadikan profesion berprestij dan bertaraf elit, yang hanya mengambil 30 peratus siswazah paling cemerlang di negara ini, demikian menurut cadangan Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, laporan awal tentang rangka tindakan itu menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran akan melaksanakan dengan ketat standard kemasukan bagi memastikan setiap pengambilan guru pelatih memenuhi kelayakan akademik minimum yang ditetapkan.//

Adakah doa rakyat sudah dimakbulkan atau gimik nak dekat pilihan raya? Selama ini rakyat miskin dan kampung disediakan dengan guru akademik rendah (result SPM serendah 3A, ada yang tak ada A) untuk mengajar dalam bidang akademik, logikkah, tukang ajar sendiri pun tak skor UPSR SPM macamana dia nak ajar orang kasi skor periksa?, manakala anak menteri dihantar ke sekolah khas atau ke luar negara. Kesian orang kampung.

Suara tidak puas hati rakyat sudah lama, bila dengar rakyat komplein mereka beri degree free tanpa peperiksaan kelayakan ambil degree terlebih dahulu macam cerita wizard of oz untuk kaburi mata rakyat, hinggalah pakatan pembangkang menang besar PRU12 2008 lalu baru kerajaan betul-betul dengar suara rakyat. Berterima kasihlah kepada Pakatan untuk perubahan positif ini dan banyak lagi.

Kementerian Pelajaran juga bercadang melaksanakan kemajuan kerja berasaskan kecekapan dan prestasi menjelang 2016, apabila guru diberi penilaian setiap tahun oleh pengetua masing-masing, dengan inputnya mungkin diberi rakan setugas mereka.//

Selama ini dikhabarkan kemajuan kerja dalam sektor awam berdasarkan senioriti bukan berasakan kecekapan dan prestasi begitu juga bonus tidak kiralah PA itu kaki curi tulang, buat bisnis luar, famili first, berkira kerja (ini bukan bidang aku, itu bukan bidang aku) kalau dia sudah berkhidmat lama dia akan terima kemajuan kerja dan bonus. Adilkah begitu?

“Guru yang sering mencatat prestasi rendah, walaupun sudah menerima sokongan tambahan, akan diberi tugas lain yang mempunyai kaitan dengan fungsi sekolah seperti pentadbiran, pegawai tatatertib atau pengurusan kokurikulum,” kata laporan itu.//

Yang ini kiter tak setuju, jika anda ada kedai sendiri, adakah anda akan mengaji orang yang tak ada fungsi dan tak berfungsi? Punch in kol 7.30 – lesap pg minum, kol 8.30 baru dok kat kerusi. On PC – tengok facebook, komen sana-sini, check email, masuk blog, survey barang online… Kol 12.20 dah keluar amik anak – kol 2.30 baru masuk. Check balik facebook, emel. Eh – belum solat zohor lahh! Pg surau takdenya 5 minit kan. Dah dok balik kat meja. Check fb dulu… buat la keja seposen dua. Kol 4.29 dah beratur kat depan mesin punch. Buang sahaja orang begini, ada tak untung, tak ada tak rugi.

Lu pk la sendiri. Hidup Pakatan!

2 thoughts on “Guru akan dijadikan profesion berprestij, Akhirnya

  1. Alhamdulillah kalau macamni, kawan saya yang belajar di maktab selalu cakap, waktu dia praktikal ibu bapa macam dah kurang percaya dan hormat guru macam dulu. Rasa antara sebab macamni sebab walaupun ramai yang memang betul-betul ikhlas mengajar, ada jugak sebahagian golongan yang jadi cikgu tanpa sedar betapa besar tanggungjawab jadi seorang guru ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s