Dasar pendidikan TPM ‘mundurkan negara’, PAGE beri amaran 

Dasar pendidikan TPM ‘mundurkan negara’, PAGE beri amaran
TMI
September 10, 2012

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Dasar pendidikan Timbalan Perdana Menteri menyebabkan negara mengundur dari segi menguasai ilmu dan memupuk perpaduan, kata Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) hari ini diambang pelancaran Pelan Induk Pendidikan Negara terbaru. Ini berikutan kenyataan Tan Sri Muhiyiddin Yassin, yang juga Meneteri Pelajaran mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar bahasa Inggeris semalam yang kerajaan tidak akan membawa balik PPSMI dan juga sekolah perantaraan berbahasa Inggeris (english medium school), kerana ini akan memperlihatkan kerajaan seperti tidak tetap pendirian dan flip flop.

Hari ini, pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahman berkata dengan menghapuskan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris, Muhiyiddin menghalang ramai anak-anak Malaysia daripada menguasai ilmu dalam bahasa yang sesuai- sebuah konsep yang disaran UNESCO.

“Nampaknya TPM lebih takut akan imej kementeriannya dilihat sebagai flip flop daripada kesan ke atas masa depan anak-anak kita,” kata Azimah —TMI

Negara membangun seperti Myanmar mengajar Matematik, Kimia, Biologi, fizik dan matematik tambahan dalm bahasa Inggeris. Manakala Malaysia masuk gear mengundur, tolak english. Tak lama lagi Myanmar akan potong Malaysia.

Contoh paling dekat ialah Singapura. Sistem pendidikan mereka adalah antara yang terbaik di dunia, Universiti kebangsaan Singapura ditempat 28 di dunia, Universiti Hong Kong di tempat 22 di dunia. Sebab itu ahli politik Malaysia cemburu dan sering brainwash minda generasi muda Malaysia.

Malangnya kerajaan kita buta sebelah mata dan rabun sebelah lagi. Mereka hanya boleh lihat di dalam tempurung di mana mereka berada dan tidak kisah mahu lompat keluar melihat dunia. Tak lama lagi mereka akan letak firewall untuk menghalang kebebasan bersuara.

30 tahun lalu, bahasa Inggeris muda mudi Malaysia adalah lebih baik daripada orang Thai tetapi sekarang? China menghasilkan lebih banyak engineer dan saintis daripada Amerika TETAPI profesional Malaysia nak tingkatkan pengetahuan dengan membaca penemuan-penemuan baru pun malas sebab tak faham bahasa inggeris.

Hinggakan rancangan TV tempatan pun tak ada sarikata bahasa Inggeris seperti rancangan korea. tidak hairanlah drama korea lebih popular di peringkat antarabangsa. Kesian artis tempatan tidak dapat menonjol kerana kekangan bahasa.

Kiter ingin kongsikan pengalaman kiter baru-baru ini. Kiter berasa amat kesal dengan anak muda sekarang ini yang kurang menguasai bahasa Inggeris. Terkejutnya kiter daripada 100 resume yang kiter terima 90% daripadanya menggunakan template, mereka letakkan kemahiran bahasa inggeris mereka 5/10. Tidak seorang pun daripada mereka dapat menjawab ujian bertulis dan berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris semasa interview pertama.

Sedangkan kebanyakan membawa degree dan diploma daripada Universiti atau kolej universiti? Apa alasan kerajaan? Macammana mereka mahu bersaing di peringkat swasta? Jika 1st interview pun dah kantoi. Kemudian kiter tanya dalam bahasa, kamu tidak pernahkah berkomunikasi dalam english dengan guru, lecturer, kawan2 semasa kamu belajar dahulu, jawapan mereka, kadang-kadang atau tidak pernah, tambahan guru BI kami di sekolah pun tidak berbahasa Inggeris (SPM dapat brp agaknya guru tu), bukankah buku rujukan dalam english jadi macamana kamu belajar kemudian skor diperingkat IPT? kawan tolong katanya. Macam tu kamu applylah dengan gomen.

Kiter tak salahkan mereka tetapi sistem pendidikan kita. Menteri kita harus bangkitkan dan tangani isu tertangguh ini. Keluarkan orang tidak layak dan tidak mahu berkhidmat untuk masyarakat daripada bidang akademik kerjaaan, tidak layak yakni tidak skor SPM, sekadar 3A dan tak ada A, tidak mahu berkhidmat ialah orang yang minta tukar kerana jauh dari ketiak mak bapak atau kangkang laki bini. sistem pendidikan kita harus bersikap terbuka dan kompetitif demi menghasilkan graduan berkualiti dalam dunia serba kompetitif sekarang ini.

Akhir kata renungkan, PM belajar di sekolah berasrama penuh di England dan anak-anaknya belajar di Universiti england dan Amerika. Kenapa agaknya? Bangkit rakyat bangkit!

3 thoughts on “Dasar pendidikan TPM ‘mundurkan negara’, PAGE beri amaran 

  1. Pada saya saudara, penting juga bahasa inggeris, tapi to be true, kalau yang dibimbangkan saudara adalah komunikasi dalam bahasa inggeris, saya tak merasakan PPSMI begitu berkesan untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris.

    Kita perlukan cara lain yang lebih effektif, pada pandangan saya, seperti pemantapan pengajaran bahasa inggeris itu sendiri.

    Dari segi kejutan perubahan bahasa di IPT, our previous generation, can do it well already.

    My 2 cents…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s