Kerusi Labuan belum muktamad?

Kerusi Labuan belum muktamad?

LABUAN: Adakah berlaku pergolakan dalam Pakatan di
Labuan? Hanya 48 jam selepas PAS isytiharkan bahawa ia
akan meletakkan calon di Labuan, DAP telah menghampakan
pasangannya dengan mengisytiharkan bahawa kerusi itu
masih “belum dimuktamadkan “.

Ketua DAP Labuan, Lau Seng Kiat berkata pakatan “Masih
dalam proses rundingan.”

“Saya telah diberitahu oleh pemimpin-pemimpin Pakatan
yang peruntukan kerusi untuk Sabah dan Labuan masih belum
dimuktamadkan.

“Kami masih dalam proses rundingan untuk menentukan parti
yang bertanding di Sabah, Sarawak dan Labuan, “katanya
katanya.

Lau mengulas mengenai kenyataan PAS bahawa Pakatan telah
memutuskan untuk meletakkan calon PAS di Labuan.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad berkata ini telah diputuskan semasa mesyuarat pakatan pada OGOS 18.

“Perjanjian itu dibuat pada Ogos 18 dan surat perjanjian telah dikeluarkan mengenai pengagihan kerusi tersebut.

“Jadi ia adalah jelas bahawa PAS akan bertanding di sini di Labuan.

“PAS juga akan bertanding di Putrajaya dan di Titiwangsa Kuala Lumpur, ” Mohamad dilaporkan berkata pada hari Isnin.

Lau bagaimanapun membalas, bahawa surat yang Mohamad
rujuk hanya kertas cadangan.

“Surat itu bukan satu perjanjian … ia hanya surat cadangan.

“Walaubagaimanapun mana-mana pihak yang dipilih untuk
mewakili Pakatan Rakyat di Labuan, DAP akan memberi
sokongan penuh kepada calon parti itu, “katanya. —FMT

****

Populariti Pakatan di Sabah dan Sarawak telah meningkat
memberansangkan. Tetapi penduduk tempatan dan orang Cina masih keberatan memberi undi kepada calon parti Islam, sedih bila melihat ada parti yang tamak cuba mempergunakan populariti Pakatan dan menidakkan kehendak orang tempatan dan tidak menghiraukan isu berbangkit.

Lebih baik letakkan calon PKR daripada DAP atau PAS, betul Labuan ialah kawasan majoriti Muslim tetapi ia bukan Kelantan atau Kedah, mereka adalah lebih happening hehehe (jika anda faham).

Labuan terlampau happening untuk PAS.. realiti bro.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s