Pijak Gambar Pemimpin Tindakan Memalukan – Tok Guru berjiwa besar

Pijak Gambar Pemimpin Tindakan Memalukan – Nik Aziz

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ahad
menyifatkan tindakan segelintir pihak memijak gambar pemimpin negara pada
malam sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur Khamis lepas sebagai amat
memalu dan mendukacitakan. —Baca selanjutnya

Kiter bersetuju dengan Tok Guru.. PM dipilih rakyat untuk mewakili negara, kita boleh berbeda ideologi TETAPI memalukan pemimpin negara dengan memijak potretnya, menunjuk punggung adalah perbuatan MEMALUKAN.

Sekurang-kurangnya Tok Guru tidak menerima perbuatan biadap ini walaupun dari penyokong sendiri. Ingat lagi bila pakatan menawan Penang, potret LGE dikoyak dan dipijak, dibakar dan diasap dengan colok oleh penyokong BN, tetapi pimpinan BN tidak pernah mengkondem perbuatan itu, di sini sudah nampak jenis apa mereka itu.

Namun kenyataan Tok Guru, Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan orang Islam. Orang Islam pun tidak, orang Melayu pun tidak.. adalah berbaur perkauman dan amat dikesali.

Seolah-olah orang bukan Melayu sinonim dengan kerja tak ada maruah seperti tunjuk punggung di tempat awam ini. Walhal tidak semestinya, siapa yang hanya dapat serendah 3A ambil tempat di IPT daripada orang bukan bumi yang dapat 11A, siap jadi YDP poli lagi? Siapa yang english macam ini dapat course engineering? sedangkan buku rujukan dalam english, akhirnya hanya layak kerja gomen.

Now when I came to Rantau Abang Beach there just left buckets of plastic bottle, polystyrene and rubbish. Turtle no more want to come at Terengganu. They were tried to find other beaches that may help them to ensure the survival of their descent. (Jangan terkejut ini english mahasiswa tau)

Siapa yang rebut course penting daripada bukan bumi tetapi khianat bila keluar kerja gomen bukan dalam bidang mereka, tukang ajar, JTK atau PT pun OK janji gomen? Bermaruah sangat kah?

Tok Guru sepatutnya menyiasat terlebih dahulu samada mereka betul-betul bukan Melayu, sebelum menyalahkan sesiapa. Gambar mereka ada, semestinya ada diantara kawan-kawan mereka akan dapat mengecam mereka, dan barulah kita boleh mengecam perbuatan yang ‘tidak Melayu dan Islam’ ini.

Kita harus kondem PERBUATAN ini tanpa mengaitkan dengan mana-mana bangsa dan agama.

4 thoughts on “Pijak Gambar Pemimpin Tindakan Memalukan – Tok Guru berjiwa besar

  1. rendah akhlak,beza pendapat tak kisah,sbb negara demokrasi..manalah diorg belajar benda2 buruk mcm tu..terlebih moden ke malaysia ni..adab langsung tak ada.

    lain kali tak payah le nak buat bendera2 yg ada gambar manusia ni..

  2. sy tak brp msuk sgt dgn politik but i know how to respect people..

    kita mgkin tak brp ska dgn ahli2 politik kita tp jgnla smpi bt bnda yg tak bermoral..pijak gambar?kebudak2an.

  3. “Namun kenyataan Tok Guru, Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan orang Islam. Orang Islam pun tidak, orang Melayu pun tidak..”
    Ayat tok Guru ini merupakan sindiran. Perlu dibaca berulangkali dan fahamkan.
    Ingat apa pemimpin UMNO selalu kata “ini bukan budaya kita” tp kalau mereka buat, tak mengapa kerana memang budaya mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s