Hujah ke arah sebuah negara sekular

Hujah ke arah sebuah negara sekular
Oleh Ahmad Farouk Musa
Free Malaysia Today
Ogos 23, 2012

Persoalannya disini adakah dasar diskriminasi yang wujud dalam teks klasik Negara Islam boleh diterima dalam era moden ini.

COMMENT

Banyak orang Islam terutama golongan Islamis, mendapati istilah sekular adalah sangat jijik dan kebencian kepada semua yang sekular berpunca daripada pengalaman pahit sekularisme di Turki suatu waktu dahulu yang menjadi punca kejatuhan khalifah Uthmaniyyah, sistem kalifah terakhir dalam dunia Islam.

Kejatuhan khalifah Uthmaniyyah mendesak sesetengah ilmuan Islam mencari entiti baharu yang dikenali sebagai negara Islam. Konsep negara Islam tidak pernah dikenali dalam dunia Islam sebelum itu. Pencetus idea untuk sebuah negara Islam adalah tidak lain Muhammad Rashid Redha, seorang reformis Muslim yang hebat pada awal abad ke-20. Tujuan utama Redha ialah untuk mengekang serangan imperialisme barat.

Sejarah memberitahu bahawa sekularisme lahir di barat dan tersebar ke seluruh dunia, di segenap benua dan masyarakat. Menurut Louay Safi, seorang sarjana di Institut Pemikiran Islam Antarabangsa, sekularisme merujuk kepada satu set idea dan nilai yang bertujuan memastikan sebuah kerajaan tidak mempromosikan kepercayaan dan nilai-nilai agama tertentu, juga tidak menggunakan kuasa dan kedudukan untuk menekan sesuatu agama.

Untuk mengelakkan pihak berwajib daripada menggunakan kuasa politik menanam set sempit akhlak dan nilai sesuatu agama ke atas masyarakat yang lebih besar, dan mencegah kemungkinan menggunakan simbol-simbol agama untuk melagakan sesuatu komuniti dengan komuniti lain, pemisahan harus dibuat di antara kuasa politik dan agama —Tuan LKS//

Satu perkara yang sangat jelas dan ringkas: al-Quran tidak ada menyebut tentang Negara Islam. Dengan itu, kita perlu bekerja keras mewujudkan sebuah sistem kerajaan terbaik untuk semua kaum dan agama di negara kita.-Ahmad Farouk Musa

Apabila Mamakthir mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, beliau mungkin menyangka beliau mempunyai kuasa untuk menambah isi al-Quran. Jelas sekali beliau tidak faham apa itu negara Islam.

Jika kita mahu terus memperjuangkan sebuah negara Islam, kita harus bersetuju akan satu fakta asas. Tidak ada seorang Muslim pun samada Syeikh dari Al Azhar dan Mufti dari Saudi yang ada kuasa monopoli terhadap Islam.

Merujuk kepada umat Islam yang telah terbahagi-bahagi kepada beberapa mazhab, idea dan pandangan yang berbeza-beza, satu-satunya sistem yang adil ialah yang dapat merangkumi kesemua mereka dalam proses politik.

Mengambil kira juga komuniti bukan Islam di dalam negara kita yang tidak harus dilayan sebagai warganegara kelas kedua, maka negara sekular mengamal demokrasi adalah pilihan paling logik. -Ahmad Farouk Musa

Apabila sebuah negara Islam mengamalkan Shiah, secara automatik ia tidak ngam dengan negara Islam Sunnah. Jika tafsiran agama boleh berbeza, adalah lebih baik membiarkan agama antara individu dan tuhannya.

Melihat kepada wacana semasa di Malaysia, seseorang mendapat gambaran bahawa keutamaan sebuah negara Islam adalah menjalankan hukum Hudud. Obsesi terhadap Hudud ini berpunca daripada tanggapan bahawa Hudud ialah hukum ilahi di dalam al-Quran. Ramai percaya bahawa hudud adalah undang-undang termaktub yang tidak perlu kepada pengaruh manusia sama sekali.

Ini adalah kesilapan yang jelas, kerana al-Quran hanya menyediakan asas untuk manusia menghuraikannya mengikut kesesuaian zaman. -Ahmad Farouk Musa

Apabila undang-undang ditulis untuk menghuraikan hudud, ia sudah menjadi tafsiran manusia bukan lagi bulat-bulat kalimah Tuhan. Hukuman adalah untuk mencegah kesilapan berulang. ia adalah penawar. Adalah lebih baik mencegah, di mana sekolah harus mendidik murid-murid kesedaran sivik.

Masalahnya apa yang di dalam buku teks adalah tidak sama dengan realiti di luar. Mari lihat korupsi, korupsi kecil kena hukuman berat, contonnya DSAI yang dipenjara 6 tahun kerana menggunakan polis untuk kepentingan peribadi, manakal korupsi skala besar dibolehkan kerana dikatakan bertujuan membina masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s