Abby, Kalau kail panjang sejengkal

Abby, Dr Maza dan Hudud

Oleh Nomy Nozwir August 30, 2012

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas bekas penyanyi berkumpulan sensasi Elite, Abby Abadi dalam isu hudud.

Bekas mufti Perlis itu pada awalnya melalui akaun Twitter @realDrMaza berkata, “apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, satu dipotong tangan dan satu lagi dipenjara hanya kerana berbeza agama,” sebagai merujuk kepada hukum hudud.

Abby yang juga bekas pelakon drama “Gerak Khas” itu menempelak bekas mufti tersebut melalui akaun Twitternya @abby_abadi112 dengan membalas, “maafkan saya, hudud itu hukum Allah.
“Dr Mohd Asri) belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan?

“Tanggungjawab berat di dunia, tetapi manis di sana.”

Bekas mufti itu kemudian membalas, “seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak semestinya memahami agama.

“Teliti sebelum komen.”

Bekas pelakon yang kini aktif dalam kegiatan bersama parti PAS itu kemudiannya menafikan penglibatan beliau dalam ceramah.

“Saya tahu saya tak belajar setinggi Dr (Mohd Asri), tapi bila saya baca apa yang Dr persoalkan, saya tak sangka.

“Saya tak pernah berceramah, hanya sekadar berkongsi sahaja, maafkan saya,” kata Abby.

Dalam laporan Bernama hari ini menyebut bahawa Mohd Asri berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

“Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu.

“Jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya,” katanya lagi hari ini selepas membentangkan kertas kerja di seminar “Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan” sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, apa yang penting dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan.

“Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa,” katanya.

Dalam kertas kerjanya bertajuk “Hudud Suatu Perbincangan: Tanggapan, Suasana dan Keberkesanan”, Mohd Asri berkata, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam.

Sebaliknya kata beliau, asas kenegaraan dalam Islam ialah menegakkan keadilan untuk rakyat berasaskan prinsip al-Quran dan hadis nabi serta mencegah perkara mungkar, iaitu perkara membawa kemudaratan dan berbahaya kepada rakyat.

Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya.

Katanya lagi, kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya saja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara. –TMI//

***

Orang yang ilmu nya selaut takkan henya pandang di atas permukaan sahaja (on the surface), pandangannya jauh sampai ke dasar, dalam dunia ini bukan hanya ada orang Islam ada juga orang bukan Islam, begitu pula, berapa banyak negara Islam yang kuat? Senjata pun kena beli dari dari negara bukan Islam, ekonomi pun bergantung kepada negara bukan Islam, sains dan teknologi jauh ketinggalan, harap graduan dalam bidang tu banyak tapi semua tarak guna asyik kerja gomen atau jadi tukang ajar.

Kiter respek dr Maza dalam banyak perkara, dia ialah Ulama’ revolusinari, antara pandangannnya ialah sokongan Allah for all, boleh beri salam pada bukan Islam dan juga ini.

Berbeda dengan orang perasan pandai yang berlambak sekarang ni, baru sokong parti berimej agama, tiba-tiba boleh jadi pandai dalam masa satu malam?! WTF! sedangkan latar belakang henya belajar pendidikan Islam di sekolah, dalam rumi pula tu, jawi pun ada yang tak pandai baca, buku teks bahasa arab atau syariah dan quran sunnah pun tak pernah tengok, ada hati nak cakap banyak.

Sebab itu jadi Hudud sokong, SPBA tak sokong, serupa mahu pencuri dipotong tangan, tapi diri sendiri seronok makan gaji buta. Sedangkan kedua-duanya secara teknikal adalah mencuri.

Diharap bila PR menang kita lantik dr Maza jadi mufti kerana beliau bebas dari mana-mana parti dan ideanya yang bersesuaian dengan zaman ini. Dan kerajaan PR harus fokus pada ekonomi dan pendidikan terlebih dahulu daripada benda-benda yang bukan isu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s